Friday, March 22, 2013
Thursday, March 21, 2013
Pembawakan atau Ngade-Ngade?
Aku tak tahulah kenapa sejak mengandung ni rasa pelik-pelik
je. lately ni aku rasa cam tak leh tak tengok asben depan mata. Setiap masa
kalau boleh dia ada depan mata. Kalau time keje tu, ase nak balik umah cepat je tgk muka dia pastu
senyum sendiri. asyikla terbayang muka dia. macam baru angau dilamun cinta
dulu-dulu. Haha. Pesen apakah ini?
Suka tengok dia tidur, suka tengok dia main game, suka tgk
dia makan. Semuala aku suka. Mungkin ni pembawakan. Pastu sekarang ni kalau
boleh, aku tak bagi dia kua malam. Sampai kesian jugak aku tengok bila dia tanya
boleh tak nak keluar malam ni? Walaupun kadang-kadang aku bagi, tapi hati ni
sangatlah tak merelakan. Sanggup tunggu dia balik tu semata-mata nak tengok
muka en asben. balik pulak kadang-kadang pkul 1-2 pagi bila keluar tengok bola. Adoii parah jugak ni. Kalau keluar pulak, aku mesti remind
jangan keluar lama-lama atau balik lambat even dia cuma nak g isi minyak. Normal ke macam tu eh? Huhu kesian
en asben
Wednesday, March 20, 2013
Saturday, March 16, 2013
Cara Untuk Pujuk Diri Sendiri

susah nak puaskan hati semua orang. hati sendiri apatah lagi. sigh~
Thursday, March 14, 2013
Cerita Pregnant : Bukan Tontonan Umum (U)
I LOVE U Mr Husband!
tetibe macam ada nafsu nak buat entry menggedik kan. tajuk entry pun macam nak terkeluar bijik mata kan. ingat ni cerita lucah/seram/ganas? propa propa propa.
mlm td masa dok belek2 kalendar dgn En Asben, baru perasan yang next week masuk 6 bulan dah. wohaaaaa. masa berlalu sangat pantas sampai aku tak terasa pun 6 bulan pregnant tu. bila dah 6 bulan ni, rasa takut pun dah stat dah. yelah dah masuk 3rd trimester kan. 6 bulan = 24 minggu. tak lama dah tak lama dah. tapi perut tak bape nak ada. nak tunjuk pun malu. ahaiiii.
agak-agak baby boy ke girl ya. suprisenya rasa. aku tak kisah boy or girl. dua-dua ok. nama pun dah ada. heeeee. nama tu aku yang pilih and En Asben cakap suke! and yang penting maksud kepada nama tu sendiri. semoga yang lahir nanti seindah namanya. insyaAllah.
sekarang ni keadaan badan ok lagi. cuma kerap sangat nak buang air kecil. padahal minum xla banyak mana. stgh jam sekali asek nak ke toilet. penatnya rasa. pastu jalan sikit da sakit pinggang. tapi kalau shopping tak rasa apa. ahha. En asben yang tak larat nak jalan. kiah propa sangat kan.
ni gambar masa kat Swiss Garden, Kuantan kelmarin. bekerja sambil bercuti. heeee
anak itu pembuka pintu rezeki. alhamdulillah, janji Allah itu pasti. last week En Asben dapat offer kerja. before ni kan aku ada cakap yang En Asben da tender and akan start keje baru bulan 4 ni. tapi last week the latest news, dia dapat lagi 1 offer dan lagi better daripada offer yang sebelum tu. alhamdulillah. anak itu memang pembawa rezeki. jangan takut nak ada anak ya dan jangan fikir tak cukup duit kalau ada anak. Allah dah aturkan semuanya. tinggal kita je nak jaga amanah yang diberikan-NYA. insyaAllah~
p/s : semakin ramai kawan-kawan opis yang preganant tahun ni. sukeee! abesla bajet company tahun ni nak cover kos bersalin. hik3
Saturday, March 09, 2013
Candy Crush Saga
tak taw nape sekarang ni aku addicted main game Candy Crush Saga ni walaupun sebenarnya aku tak bape minat dengan dunia game. haha. kenapa suka game ni? sebab game ni nampak sedap dan warnanya mengiurkan. nama pun candy kan. tak pernahlah aku main game setabah ni. masa kat Level 29 givap jugak sebab lebih 50 kali main tak lepas-lepas. last-last suruh asben main. sekarang ni dia pun addicted dengan game ni. no wonderla ramai yang minat game ni. main kat fb je.
nampak simple and mudah je game dia kan? cuba main dulu. mencabar kesabaran. haha. tapi sebenarnya ada banyak trick. korang main dulu korang baru faham. aku dah level 30 baru dapat tahu trick tu macamana. haha. oklah, nak sambung men game ni. bye~
Thursday, March 07, 2013
Tenkiu Nuffnang! Gembira Tahap Double Trouble
gembira double trouble. hah? takde. pagi tadi sampai je kat opis, tengok atas meja ada sampul surat and isinya adalah cek dari Nuffnang. alhamdulillah. sangat bersemangat keje arini. dapatla shopping sikit ngn hasil earning ni. heee. tenkiu Nuffnang kerana tak menghampakan aku. ini adalah cashout yang pertama semenjak berkecimpung dalam arena blog. tinggi sangat bahasa kau ye Anne. insyaAllah lepas ni akan terus rajin menghapdate blog. walaupun pada niat asalnya bukanlah nak mengejar earning sangat pun. syukran jazilan.
pagi tadi jugak dapat call dari Encik Husband. happy semacam je dari cara dia cakap tu siap suruh teka sebab apa. apa yang aku teka semua salah. rupanya dia dapat offer keje yang dia minat. dua offer dalam satu masa and aku suruh dia pilih yang terbaik. insyaAllah early April ni start dah keje baru. yeayyyyy i'm very the happy for you sayang. alhamdulillah, ni semua rezeki dari Allah untuk baby. Allah mengatur kesemuanya dengan teliti. perancangan Allah itu indah. alhamdulillah.
sekadar selingan :)
oh ye, sorry sebab da lama tak update blog sebab terlupa yang aku ada blog. maaf maaf maaf. lepasni insyaAllah akan kembali aktif. doa-doakan ye.
Subscribe to:
Posts (Atom)


