Tuesday, May 10, 2011

Ribut Aere punca panas luar biasa

KUALA LUMPUR: Kepanasan luar biasa yang berlaku di kebanyakan bandar utama negara, khususnya di Pantai Barat Semenanjung ketika ini sehingga mencecah suhu di antara 35 hingga 36 darjah Celsius dijangka berakhir dalam tempoh terdekat.

Jurucakap Jabatan Meteorologi berkata, fenomena itu disebabkan Ribut Tropika Aere dikesan berlaku di utara Filipina yang meniup angin dari arah barat daya ke negara ini.


“Ia disebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering,” katanya di sini, semalam.


Malaysia pernah mencatat suhu 38.3 darjah Celsius di Alor Star, Kedah pada Februari 2005 dan tertinggi sehingga 40.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis pada 9 April 1998. Monsun barat daya yang membawa cuaca kering lazimnya berterusan sehingga September.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Saw Bun Liong, dipetik BERNAMA berkata keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan pembakaran secara terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari.

Sementara itu, pengamal perubatan, Dr K Venkateswara Rao, berkata berikutan keadaan suhu mencecah sehingga 36 darjah Celcius, orang ramai bukan saja harus mengurangkan aktiviti luar malah perlu mengamalkan corak pemakanan seimbang. “Individu perlu minum air secukupnya dan elak makan makanan pedas serta banyakkan pengambilan sayur,” katanya.



sumber : bharian


notakaki : patutla panas semacam je sekarang ni. Jabatan Meteorologi pagi td ada bagitaw yang cuaca panas ni mungkin akan berlarutan seminggu lagi..

Monday, May 09, 2011

syukur


syukur alhamdulillah..
setiap yang pahit itu akan ada manisnya


TBS - Terminal Bersepadu Selatan

semalam (Sabtu, 7 Mei) aku berpeluang..*chehhh ayat berpeluang* ke Terminal Bersepadu Selatan kat Bandar Tasik Selatan. mebi agak jakun n org lain da byk kali kua masuk tapi aku baru fes tyme masuk! aku hantar adik aku ke terminal sebab dia nak balik ke kg setelah seminggu menjadi penghuni tetap di rumah aku. ekcelly da ada interview UPU kat UPM utk kemasukan degree September nanti. doakan dia lulus ye. 

Terminal Bersepadu Selatan @ TBS terletak bersebelahan dengan stesen LRT,ERL dan KTM Komuter Bandar Tasik Selatan. kalau dari Serdang atau Seri Kembangan, boleh melalui Lebuhraya Sungai Besi yang bertol RM1.30 kalau xsilap.



 pembelian tiket menggunakan sistem komputer. mmg canggih




bilik merokok pun ada. *eh sapekah yg berbaju belang itu?*

ni pandangan dr eskelator *maaf klau salah eja..kui3*


 kat tiket pun tertera nama penumpang.

 mcm seorang ayah n anak kn? so sweet ;p


ok bai

Sunday, May 08, 2011

Rilek - Facebook buatan Malaysia?


facebook versi Malaysia.interface and interior mmg sebijik dengan FB.

cuma ianya bewarna hijau bukan biru.

aku dah sign up, anda bila lagi? 

nak join, boleh klik rilek

Thursday, May 05, 2011

Fikir-fikirkan..










thanks fitrihadi

Selamat Pengantin Baru Sahabat!

Buat sahabatku, Nor Nadiah Bte Nadim yang ku kenal sejak tadika lagi, 

SELAMAT PENGANTIN BARU. 

Semoga berkekalan sehingga ke anak cucu. 

Dan rumahtangga bahagia bersama suami tercinta Faez Bahtiar selama-lamanya. 

Amin ya Rabbal Alamin~

Ni ada sedikit oleh-oleh untuk tatapan anda. Hehe. 

*sory gambar xbape nak lawa sbb adik yg amek =)*











notakakilima : seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan skolah rendah, sekolah agama, sekolah menengah n ramai lagi la..ada yang dah bertahun-tahun xjumpa..ok bai

Tuesday, May 03, 2011

Journey to da' South

lamanya xhupdate blog...betul2 rindu. maklumla, aku bz ke sana ke mari macam mak datin persatuan wanita-wanita bekerjaya. 

kan aritu aku da janji nak upload gambar dalam blog kn? ala yang unplanned vacation a.k.a journey to da' south 2 (macam filem omputih pula).

so, entry kali ni, aku nak korang muntah tgk gambar aku. dinasihatkan supaya sediakan payung sebelum hujan. 

sekian

 Pantai Parit Kedondong Laut



 Tanjung Bidara, Melaka

 Port Dickson, N9





ok, dah cukup meluat x? =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...