Sunday, April 24, 2011

Unplanned Vacation a.k.a Minggu yang penatlah sangat kan

aku keje 2 hari je minggu lepas. isnin n selasa. ari Rabu onwards aku cuti. best cuti lama-lama ni. ari rabu g amek adik aku kat Matrik Kuala Pilah. dia dah abis dah pengajian 1 tahun. alhamdulillah. aku x keseorangan. Encik Lelaki temankan sekali. kalau aku g sendiri, alamatnya 2,3 hari baru sampai. senang je rupenye nak g Matrik Kuala Pilah ni. keluar tol Senawang, pastu straight ke Kuala Pilah. ikut signboard je. 
*mebi senang sebab aku just duk seblah driver nyanyi-nyanyi n pot pet pot pet je kot* 


aku amek cuti 2 hari. Rabu n Khamis. ni kali kedua Encik Lelaki folo aku balik kg. abah ngn mak suke semacam  macam nak sambut menantu. boleh nampak daripada air muka. kalau dulu masa ngn ex aku, abah xsegembira macam 2. mungkin xde jodoh kan. 


aku dikira bercuti gakla kan. petang Rabu 2 g Pantai Parit Kedondong. aku dah 23 tahun hidup kat Muar, tapi xpernah sampai pun Pantai Parit Kedondong. padahal dr rumah aku 15 minit je. fes tyme pg, amat teruja! tengok ikan belacak mundar mandir. comel sungguh.


hari Khamis, dalam pukul 3 ptg macam tu, ktorang decide  nak balik. agenda nak g Melaka, nak tgk pantai. hehe. sampai kat Tanjung Bidara, Melaka. aku keciwa sebab pantai Klebang ngn Tanjung Bidara dah ditambak. dah xbape nak lawa dah pantai 2. fes tyme aku g adalah 15 tahun lepas. wohaa!






Encik Lelaki ajak g Port Dickson. aku pun dengan senang hati berkata "Yeay, jom kita g!" sampai Port Dickson dah petang. dalam pkul 6 ptg macam 2. sempatlah main-main air n snap gambar macam model iklan sabun. aku sebenarnya agak fobia dengan Laut. tapi aku suka main air. xkisahla sungai, pantai atau air terjun. mebi sebab pernah ada pengalaman hampir lemas masa mandi pantai. aku mmg xberani nak mandi kat pantai. 


malam dalam kol 9 ktorang decide nak balik Shah Alam pas makan. perut dah kenyang, tido jela lam kete. hehe. sian Encik Lelaki sorang-sorang drive balik Shah Alam. hari Jumaat sampai Sabtu lak, aku g Kursus kat Selesa Hillhomes Bukit Tinggi, Pahang. ok, cukuplah sampai sini dulu. sorie, gambar-gambar ms bercuti xdpt diupload sekali sebab still kat dlm kamera Encik Lelaki. nanti ada entry baru untuk gambar-gambar 2 sume eh. tungggu~


gambar ihsan Google.

2 comments:

  1. salam kenal dari dilaz
    lama tak pergi bercuti
    nak ajak join HEARTBEAT. Klik sini
    http://heartbeat.my/?rid=6189

    tutorial ada kat blog

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...