Friday, July 29, 2011

Selamat Berpuasa


Selamat Berpuasa diucapkan kepada semua kaum muslimin dan muslimat. 
esok aku nak balik kg. cuti panjang kauuu.hehe. 
sangat-sangat merindui mereka di rumah. Mak Abah Adik Ayam dan kucing-kucing.

p/s : walaupun Malaysia kalah di tangan Singapura, tapi kita kalah bermaruah! *tibe-tibe

Wednesday, July 27, 2011

Laksa Penang sedap dan Murah!


nak tahu kat mana ada jual laksa yang sedap dan murah?
jom g Pasar Tani Seksyen 13 yang kat Stadium Melawati Shah Alam tu

harganya sangat murah iaitu RM2.50 untuk 1 peket. 
boleh request otak udang ok! 
make sure depan gerai tu tulis Kak Nah Laksa Penang
memang sedapppp gilerrrrrrr!!!

Monday, July 25, 2011

Jambatan merentasi Laut terpanjang di dunia ada di China

Pada 30 Jun, Qingdao Jiaozhou Bay Bridge telah dibuka kepada umum. Jarak jambatan ini adalah 36.48 kilometer dan mempunyai lebar sehingga  35 meter yang telah menjadikannya jambatan merentasi laut terpanjang di dunia. Kira kira 9.04 billion yuan ( 1.4 billion US Dollar ) telah dilaburkan untuk projek membina jambatan ini. Mari kita lihat gambar2 jambatan yang unik ini. berukuran 42 kilometer, lebih kurang jarak antara Kuala Lumpur dan Janda Baik. Panjang gila!





sumber : ohduniaku dan demahdali 

Friday, July 22, 2011

10,000 Langkah Sehari - Putrajaya 23 julai 2011


Jomlah same-same kita g event ni yang akan berlangsung pada hari esok (23 Julai 2011-Sabtu) kat Presint 2, Putrajaya berhadapan Palace of Justice. aku dan 3 orang lagi kawan dah daftar dan mewakili company. 3 orang je??? mane yang lain ni. mesti sume dok fikir 'alahai awatla pagi sangat, tido lagi best ni'..

Dengan tekad dan keazaman yang ader (alahai ayat xbleh blah betolla). keazaman untuk menurunkan berat badan dan kurus, aku terlampau eksaited nak join event ni. ngehehe..
nanti pas 10,000 langkah aku berjalan, entry ini akan diupdate. 

jumpa di sana ye. arigato ogaimas.

Wednesday, July 20, 2011

satu impian

tak semua yang kita impikan akan jadi milik kita. 
kalau rasa susah sangat nak capai sesuatu tu, mungkin itu bukan rezeki kita. 
mungkin jugak ada hikmah disebaliknya. 
cuma kita je yang xperasan. i hope so. 













ya Allah, lemahnya hambamu ini dalam menerima ujian daripadamu

Monday, July 18, 2011

Tips kuruskan badan dengan cepat


hai hai hai..aku sekarang tgh serius dalam proses menurunkan berat badan (padahal baru sehari start).
whatever.....

kali ni aku mesti nekad nak turunkan berat badan sebab xsangka berat aku naik mendadak macam 2. berapa kilo? haaaaa yang 2 biarlah rahsia ok. lemak-lemak banyak terkumpul kat peha n perut. malu je, lom kawen da gemuk mcm ni..kang kalau da kawen mcmana plak kan. mmg xleh bayangkan. dah terhantuk baru terngadah. itu pepatah orang dulu-dulu. b4 ni niat nak turunkan berat badan hanya manis dibibir. bila dah mcm ni, xcukup tanah nak lari. haaaaa amek kaw anne!

aku admit sejak keje ni, aku kurang amek kisah pasal berat badan. makan xikut masa. tgh2 malam boleh makan ayam penyet. makan tido makan tido. itu jela keje aku. *tibe-tibe rasa bersyukur gile masa aku keje kat Lunatots dulu. naik tren-jalan kaki 30 minit perkara biasa*

aku ada terbaca kat satu laman sesawang ni. banyak cara/tips utk turunkan berat badan tp tips yang paling berkesan utk turunkan berat badan adalah dengan cara berdisiplin dengan apa yang kita amalkan. ada orang suka bersenam, tapi makan xhengat. tapi ada jugak yang jaga pemakanan tapi xsuke bersenam. terpulang kpd setiap individu. cara tu banyak, cuma keazaman yang sikit. hehe

ni aku selitkan beberapa tips yang boleh diamalkan untuk berdiet dan kurangkan berat dengan berkesan. aku amek dari darkbatman

JANGAN BUAT

    1. Jangan makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi (ni pantang besar), roti, meehon, keow teow atau mee.
    2. Jangan makan makanan yang mempunyai kandungan gula/garam yang tinggi seperti ikan masin, kicap, cili sos, tomato sos, yogurt manis dan sebarang jeruk.
    3. Jangan makan frozen food (makanan beku sejuk) seperti burger, bebola ikan, sosej dan sebagainy.
    4. Jangan atau kurangkan pengambilan minuman yang berkafein seperti teh dan coklat kerana kafein melambatkan pembakaran lemak.
    5. Jangan makan makanan yang berminyak, lebihkan sup sebab sup rendah kalori.
    6. Jangan/kurangkan ais utk elakkan perut buncit.


CUBA BUAT

    1. Anda kena minum air masak (air suam atau air sejuk) sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
    2. Anda kena banyakkan makan sayur-sayuran dan makanan yang berasaskan soya.
    3. Anda dibolehkan untuk makan daging, ikan, makanan laut dan juga keju (cheese). Tapi ingat, jangan makan nasi atau roti!
    4. Anda digalakkan bersenam setidak-tidaknya 30 minit sehari (berjalan kaki pun OK)
    5. Sebelum tidur, katakan pada hati dan minda anda bahawa anda akan mengurangkan berat badan. Kalau boleh, usap-usapkan bahagian-bahagian yang banyak lemak seperti perut, peha (usap seperti seolah-olah kita mahu memujuk), sambil berkata “Oh, Lemak! Aku bukan tak sayangkan kamu tapi aku perlu kurangkan untuk mencari bf baru. ahaha.


p/s : ce tengok? xsusah kan? yang susah cuma disiplin dan MOTIVASI je. (cakap orang, ko pun sama je anne). jom sama-sama kita amalkan makanan seimbang. semoga kita sama-sama sihat ye. =)



Saturday, July 16, 2011

xnak dah makan KFC pasni!


mmg tak patut diorang buat macam ni..
xnak dah makan KFC pasni!

Berani betul budak ni kenakan Dr Rozmey!!!

Ingat lagi dengan Filem 2 Alam arahan Dr Rozmey? ala yang cecah 40 juta hasil tayangan tu...
hehehehehe..
berani betul mamat ni kenakan Dr Rozmey..

mmg syabaslah. ngeh3..


sumber : bardbahtiar.com

Friday, July 15, 2011

Alhamdulillah


Alhamdulillah. syukur kepada-NYA yang tak terhingga sebab adik aku dapat kos yang dia idam-idamkan. kejayaannya adalah kebanggaanku juga. hampir menangis bila check result upu by sms n diberitahu dapat kos senibina kat UPM, Serdang. waris turun-temurun student UPM. aku pun dulu UPM gak. UPM sangatlah best! hidup UPM!

kalau ikutkan laluan kearahnya, mmg sukar. adik aku 2nd intake untuk kemasukan matrik 2010/2011. aku terpaksa buat rayuan dan alhamdulillah jugak dia berjaya ditempatkan di KMNS. dan sekarang, alhamdulillah, dia dapat apa yang diidam-idamkan. congratulations sayang!!!


p/s : adikku juniorku. =)

Thursday, July 14, 2011

Rakyat Malaysia sangat penyayang

minggu ni dipenuhi dengan adengan - adengan indah yang mana menunjukkan rakyat Malaysia itu penyayang. 

kelmarin orang berkejar-kejar selamatkan kucing.

arini plak orang sanggup keluar dari kereta ms kat traffic light utk alihkan bangkai kucing ke tepi jalan. 

semua berkaitan dengan kucing. 

semoga ianya menjadi simbol kepada keamanan sejagat untuk Malaysia yang kita cintai ini di mana rakyatnya saling sayang menyayangi antara satu sama lain. 
ten ten ten 

Tuesday, July 12, 2011

Nama panjangggggggg

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi :@$%&#^%




Monday, July 11, 2011

Jalan jem gara-gara si comel


petang tadi masa on the way balik keje, spt biasalah, lalu jalan biasa. lalu lintas agak perlahan. dalam hati mungkin kenderaan terlalu banyak sejak akhir-akhir ni. kereta bergerak dengan kelajuan siput. sampai kat 1 simpang 3, tibe-tibe kereta dari arah lawan berhenti. 3 buah kereta bagi double signal. aku pon agak hairan di situ. xkan rosak serentak kot.


 tapi rupa-rupanya diorang berhenti sebab ada anak kucing hilang arah tujuan mundar mandir atas jalan raya. ramai yang keluar drp kereta utk selamatkan anak kucing tu. orang tu ke sini, kucing tu ke arah sana. org ni ke sana, kucing 2 kemana-mana. dah macam aksi kejar mengejar kat atas jalan raya. last-last ada sorg lelaki cina ni yang dapat kejar anak kucing 2 n dia g hantar anak kucing tu jauh skit daripada jalan raya. mmg tabik springggg lah kat diorg ni. nak je aku tepuk tangan time 2, nasib baik ada perasaan malu lagi. heheh

 aksi tu xsempat aku nak rakam sebab cari enpon dalam beg xjumpe-jumpe. 
huh! time ni la kan...

Picnic di D'Tepian, Hulu Yam

arini bersamaan Ahad, 10 Julai 2011 aku ngan beberapa officemate termasuk bos aku g picnic kat Hulu Yam. Gombak. ni fes tyme aku g Ulu Yam dan fes tyme juga aku drive naik bukit. aku xtaw plak yang Hulu Yam kat atas bukit. agak nebes jugakla drive, nasib baik leh kaver nebes. hehe. tempat yang aku g ni private area. kira ktorang sewa tempat 2 utk setengah ari. so far, utk yang ada anak-anak kecil, tempat ni sangat sesuai sebab air sungai yang xdalam dan luas. bolehlah dak2 kecik mandi tanpa was-was.

 Issya - anak Farid

 makanan-makanan yang kami masak dan bawa

 spagetti buatan aku. nyum3.

 Iffah - anak Harun yg mula-mula malu kucing


Babysitter - Farah



notakaki : tak sabar nak pegi Desa Water Park pulak. Encik Lelaki janji nak g. jom skuba diving 

Floria 2011 - Kami datang lagi!

weekend 9 July, aku pergi perhimpunan BERSIH ke Floria yang diadakan di Presint 2, Putrajaya. tahun lepas aku n Encik Lelaki pegi waktu malam. agak kureng sebab malam-malam bunga tidoq. wane bunga pon xbape nak cam even aku ni bukanlah buta warna kan. tahun ni nak jugak pergi waktu siang, xkira-xkira! mesti mesti mesti! aku ajak Lily n Raja sekali. sian Encik Lelaki kena melayan aku. tenkiula byk2 sbb sanggup melayan sy yang banyakkkkkkkk kerenah ni. ngeeeee.











pelamin idaman. penuh dengan rose!

bertemakan Mawar untuk Selamanya, Pesta Bunga Floria 2011 ni berlangsung dari 9-17 July. so korang ada masa 1 minggu lagi utk pergi. jangan risau malam pun bukak jugak. ok bai

Sunday, July 10, 2011

Cinta dan Harta



Semalam after balik dr Floria, teman Encik Lelaki study utk preparation exam PTD beliau next wik. lepak kat Kopitiam Bangi je. teringat moment-moment waktu study dulu. kat situlah port study. 

Masa tgh duk sibuk baca-baca nota 2, nampaklah 1 BMW wane putih baekkk punya park kat belakang kete Encik Lelaki. kitorang ternganga tengok kete 2. yelah mesti yang bawak 2 bukan calang-calang orang punya kan. terus imagine lelaki ensem-spek itam-muda. wohaaa! 

kitorang tunggu punya tunggu punya tunggu, yang keluar adalah seorang lelaki dan wanita. *apa nak diherankan kan?* cuma lelaki itu berambut putih mcm uncle kat KFC. mmg sumerlah putih n agak berusia dalam lingkungan 65++. 

si isteri pulak masih muda n bergetah-seksi-dedah sana sini sampai nampak bra dalam lingkungan lewat 20-an. betul sangat terkejut. aku ingat dalam filem 2 drama-drama je ada orang macam 2. aku ngn encik lelaki geleng-geleng kepala. 

darah muda, si isteri sibuk snap-snap picture guna enpon. tapi sayangnya si suami macam xnak layan. yolah, perbezaan umur yang ketara kot. cuba bayangkan kita ajak atok nenek kita amek gambar buat peace depan kamera? betul kata orang, duit boleh beli 'semuanya'. 

Thursday, July 07, 2011

Roadblock Yellow Event

kepada mereka yang nak tahu info mengenai roadblock sempena BERSIH ni, boleh baca info ni. mehlah kita beramai-ramai g FLORIA kat Putrajaya weekend ni yek. *tibe-tibe

Lebuh Ampang
KLCC
Bank Negara
...Dataran Merdeka
Sogo
Chow Kit
Menara Sultan Ismail
Masjid Negara
Jalan Raja Chulan
Jalan Ipoh
Sentul
Jalan Tuanku Abdul Rahman
Jalan P.Ramlee
Jalan Bandar
Subang Jaya ( Near Segi )
Sunway Pyramid and Subang Parade
The Federal Highway
LDP ( Lebuhraya Damansara Puchong )
The KL – Seremban Highway in Seri Kembangan

--- Police Roadblocks tonite till Sunday 10-07-2011 ---

Putrajaya to KL, towards Kajang toll from Bangi,
Jalan Enggang towards AU2 and AU3,
from Damansara toward Penchala,
after Bukit Jelutong/Shah Alam traffic into Kampung Subang,
Damansara toll to Kayu Ara,
Subang airport road,
Jalan Haji Sirat to Taman Sri Pekan, Klang,
front of Monash University, towards Cyberjaya,
Jalan Kampung Pandan into KL

Additional information, the police is on stand by since most hotels in KL is fully book during the weekend.

Friday, July 01, 2011

Finalis Imam Muda : aku sokong Imam Muda Nazarul :)




UJIAN besar yang ditempuhi sepanjang sembilan minggu mengikuti program Imam Muda bukan sebarang individu yang mampu menghabiskan.
Tidak semua mampu berhadapan dengan jenazah yang tidak sempurna untuk diuruskan sekiranya tiada kekuatan mental dan fizikal, berhadapan mayat bayi dalam isu pembuangan bayi, menyelami perasaan banduan terakhir, orang tua yang ditempatkan di rumah kebajikan dan pelbagai ujian lagi.
Semuanya menguji ketabahan hati dan melawan perasaan jiwa yang berkecamuk untuk menangani masalah sebelum bergelar Imam Muda.

Malam ini adalah penentu debaran Imam Muda peringkat akhir apabila hanya dua daripada 10 Imam Muda akan dinobatkan sebagai Juara Imam Muda musim kedua.

Adakah graduan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (al-Quran & Hadith) Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26 (Hassan) atau pemegang Diploma Pengajian Islam Kolej Pengajian Islam & Dakwah, Nazarul Izwan Zolkiflee, 26 (Nazarul) Imam muda yang dicari.

Biarpun juara Imam Muda ini bakal menerima hadiah cukup mewah yang dianggarkan RM350,000 iaitu kereta, wang tunai, pakej haji, biasiswa melanjutkan pengajian ke Universiti Madinah dan pelbagai lagi, begitu juga dengan naib juara turut mendapat hadiah yang sama. 
Namun ternyata ilmu yang diperoleh di dalam program itu tidak ternilai daripada hadiah yang bakal mereka terima. Apapun tanggungjawab yang lebih berat terhadap masyarakat lebih mendebarkan mereka sebaik tirai program ditutup malam ini.

Jika diimbas kekuatan dari dua Imam Muda ini, agak sukar untuk kita menentukan siapa yang lebih memiliki kelebihan untuk bergelar juara Imam Muda unggul. Dalam usia mereka baru mencapai 26 tahun, mereka sudah melalui pelbagai pengalaman berharga.

Siapa menyangka, Nazarul yang lahir dari latar belakang keluarga yang hanya memiliki asas saja di dalam ilmu agama, namun kecekalan, kesungguhan dan tidak mengaku kalah melayakkan dirinya untuk berdiri di pentas akhir.

Beliau disifatkan sebagai Imam Muda yang berani menyahut cabaran, memiliki hati yang bersih sehingga memudahkan ilmu yang dipelajari cepat dimiliki.

Mudir, Datuk Hassan Mahmud juga menganggap dirinya orang yang merendah diri, ramah dan menghormati masyarakat sekeliling.

Begitu juga dengan Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, beliau tertarik dengan pemikiran yang melangkaui kotak fikiran manusia biasa. 

Bagaimanapun, kita tidak sesekali dapat mempertikaikan kelebihan sama yang dimiliki Hassan, dari air mukanya yang bersih jelas menggambarkan persis lelaki soleh yang mampu menarik perhatian sesiapa saja sekiranya beliau membuka bicara. 

Hassan adalah seorang yang pendiam namun ramah sekiranya didekati. Sedikit seperti kehidupan yang pernah dilalui Nabi Muhammad S.A.W yang dibesarkan tanpa ayah di sisi ketika beliau masih kecil. 

Ini membuatkan Hassan lebih manja bersama ibunya. Rahmatnya apabila kita sering membantu dan bersama ibu setiap masa, apa saja yang didoakan ibu dipermudahkan Allah.

Pengalaman yang ditimba ketika mengikuti salah satu program realiti Akademi al-Quran suatu masa lalu banyak memberi panduan yang berguna kepadanya.

Mudir, Hassan Mahmud juga meyakinkan bahawa, Hassan ternyata memiliki kekuatan pada semua ujian teori dan praktikal yang dilaluinya. Memandangkan dirinya juga adalah seorang pensyarah di salah sebuah sekolah agama di ibu negara, ternyata kelebihan itu juga bakal membantu dirinya di peringkat akhir Imam Muda ini.

Semuanya akan ditentukan malam ini pada peringkat akhir Imam Muda yang akan bersiaran secara langsung dari Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur. Penonton di rumah juga boleh mengikuti program ini menerusi saluran Astro Oasis 106, hari ini jam 9 malam. 

sumber : bharian

Lynas patuhi piawaian radiasi

KUALA LUMPUR: Laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang diumumkan semalam mendapati projek Lynas Corporation Ltd (Lynas) untuk mengekstrak nadir bumi yang akan beroperasi di Gebeng, Pahang, mematuhi piawaian keselamatan radiasi antarabangsa.
Laporan setebal 55 muka surat yang dibuat panel bebas sembilan pakar dalam bidang keselamatan dan kesihatan radiologi itu turut mengesahkan dua badan kawal selia iaitu Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah memastikan semua aspek projek berkenaan mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa.
Bahkan, dalam sesetengah kes, peraturan di negara ini bukan saja lengkap dan mematuhi piawaian IAEA, malah lebih ketat berbanding piawaian keselamatan diterima di peringkat antarabangsa. 

Ia turut mengenal pasti 11 cadangan memperbaiki pengurusan kawal selia oleh AELB dan agensi lain yang perlu dilaksanakan sebelum projek Lynas boleh beroperasi untuk peringkat seterusnya. 

Pengumuman itu dibuat melalui kenyataan media bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili yang dibacakan Ketua Setiausaha MITI, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria. 

Dr Rebecca berkata, kandungan laporan IAEA antaranya menjelaskan Lynas perlu mengemukakan rancangan pengurusan sisa jangka panjang yang lengkap kepada kerajaan dan mematuhinya sebelum boleh memulakan operasi. 
Katanya, Lynas juga perlu menangani isu yang mungkin timbul daripada penutupan kilang serta pemulihan alam sekitar. 

“IAEA mencadangkan satu dana melalui peruntukan satu peratus daripada nilai jualan syarikat setiap tahun untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan setengah daripadanya bagi menangani kos pengurusan sisa jangka panjang,” katanya. 

IAEA juga mencadangkan AELB mempunyai sumber teknikal, kewangan dan manusia mencukupi, berkeupayaan dan bebas untuk mengawal selia Lynas serta lebih telus dalam menyalurkan maklumat kepada awam berhubung tindakan mereka ke atas projek Lynas. 

Dr Rebecca berkata, tanpa kemuka perancangan pengurusan sisa jangka panjang yang lengkap kepada AELB untuk pertimbangan dan kelulusan, kerajaan tidak akan benarkan Lynas mengimport bahan mentah dan aktiviti operasi dilakukan di tapak berkenaan. 

Untuk laporan lengkap boleh melawat IAEA www.iaea.org/newscenter/news/pdf/lynas-report2011.pdf atau kunjungi laman web MITI atau MOSTI. 

Sementara itu, di KUANTAN, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata isu Lynas dipolitikkan sejak mula lagi dan pihak yang menentang projek itu sudah dipengaruhi pembangkang yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik. 



ikuti kisah Lynas di sini


sumber :bharian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...