Saturday, May 18, 2013

Checklist Barang Baby : Ke Hospital Semasa Hendak Bersalin


dup dap dup dap dup dap. eh dah 33weeks? cepatnya. kalau ikut EDD, macam lama lagi nak bersalin. 5 Julai 2013. tapi bila kre by weeks, macam seram plak, dah 33 weeks. 
tambah-tambah lagi jiran sebelah umah baru je bersalin Selasa lepas. czer plak tuh. wahhh seriauuuu nok. 

arini cuma nak update checklist barang ke hospital untuk baby je. checklist untuk ibu tak siap lagi sebab beg tak jumpa. ntah sorok mana. boleh gitu?  thehehehehehe

1. Newborn pampers - 8 keping
2. Baju - 5,6 pasang
3. Minyak Telon - 1 botol
4. Wipes tissue - 1 packet
5. Towel - 1 helai
6. Mitten & booties - 5,6 pasang
7. Toileteries - secukupnya (shower gel, shampoo, dll)
8. Selimut/bedung - 1,2 helai
9. Barut - 5,6 helai
10. Topi - 1,2 helai
11. Bedak - 1 botol
12. Laundry plastic - 2 plastik 
13. Losyen - 1 botol
14. Beg - 1 dahla. watpe nak banyak2 kan. 

okeh, yang ni semua dah siap pack dalam beg. tinggal hangkut je letak dalam kete nanti. ok bai. dada :))

Tuesday, May 14, 2013

Pigeon Warehouse Clearance at SOGO, KL


aku tak kisah sangat pasal sale-sale ni. cuma aku kisah bila Warehouse Clearance kat SOGO ada sekali barang-barang Pigeon! napela wat sale tengah-tengah bulan macam ni. and kenapala wat kat SOGO. huuuu. ajak En Asben mmg confirm-confirm dia taknak kan. sebab mesti ramaiiii orang. nak ke KL sensorang pulak memang takla kan. kalau single mingle boleh je naik train sensorang. huuuuu 

kepada yang nak cari barang-barang brand Pigeon, bolehlah serbu SOGO KL 16hb-19hb ni. selamat bershopping. aku plak nak berdrama swasta. jelesssss!!! sob3

Monday, May 13, 2013

Ini Adalah Kebahagiaan

aku pasti semua mommy to be akan ada perasaan macam ni. perasaan macamana? perasaan yang bsangat bahagia bila tgk barang baby. nak tengok baby tak kua lagi kan. tgk jelah barang-barang dia dulu. dulu masa belum start shopping, nafsu tgk barang-barang baby memang xde langsung. sikit pun tak. bila dah start membeli, amboiiii dia punya nafsu nak membeli tu takleh nak tahan lagi dah. 

perkara yang aku suka time-time boring adalah search 'Barang Baby' takpun search 'Shopping Barang Baby' kat Google. pastu tekan image and tengok barang-barang baby blogger lain punya. pastu senyum-senyum sendiri. cam giler pun ya.  agaknya kalau En Google tu bernyawa, mawnya dia block aku sebab takde benda lain ke nak search?? haha 

lagi satu, kalau boleh setiap kali keluar mesti nak ajak En Asben g tempst-tempat yang ada jual barang baby. contohnya g Manjaku ke, ataupun mana-mana tempat yang ada jual barang baby. tapi keberangkalian tu tipiss sangat sebab  En Asben cakap tak payah membazir sebab semua barang dah beli. wahaaa. tapi penah jugak wat muka seposen and wat drama swasta cakap "taknak pegi takpela..bia syg g sendiri". akhirnya yeayyy berjaya. ahakssss


ni masa g Pigeon Warehouse Sale aritu. sangattttt berbaloi-baloi


ni masa shopping kat Manjaku, Bangi. MIL sponsor :)


set Pigeon Sakura Baby Toiletries beli kat Parkson Alamanda


ni shopping masa Expo kat Mid Valley bulan April 2013 aritu. tak bape nak berbaloi sebab 1st time shopping, so taktaw lagi apa yang perlu dibeli. ahaakkks


yang ni shopping kat Pureen Warehouse Sale (except brand Pigeon). pun berbaloi-baloi jugak. harga memang sangat-sangat murahla kan berbanding expo-expo lain. nama pun warehouse sale. hik3. ada jugak lagi barang-barang yang aku beli single mingle, bukan time borong besar-besaran macam ni. tak sempat nak mengambik gambo dan upload.

oklah, sampai sini dulu..nanti sambung lagi :))

Tuesday, May 07, 2013

Pigeon Sakura Baby Toiletries Set (Trial Pack)

aritu cam gatal tangan hantar soalan kat Pigeon untuk tanya camne nak dapatkan free sample Sakura Baby Toiletries Set. ala yang aku dok citer kat SINI. aku ada review-review jugak kat blog-blog camne diorang dapat free sample ni. rupanya Pigeon bagi random depends pada blog yang terpilih. maybe ada blogger yang mempunyai masalah tentang nak guna brand apa or kulit baby sensitif ke hape kan. ni soalan yang aku tanyakan kat Pigeon punya page. hehe


dannnnnnnnnn..tak sangka pulak yang staff Pigeon ni reply dan dia cakap diorang akan bagi set tu and tanya bila due date baby aku lahir. haishhhh tak sabar pulak kite. 



pastu terus gtaw En Asben yang Pigeon akan bagi sample Sakura Baby Toiletries Set 200ML. jawapan yang diterima, " waaaaaaaaaaaaa...kalau taw, takyah beli aritu". huhu ingat baby mandi sebulan sekali je ke? hehehehehe


Thursday, May 02, 2013

Pigeon Sakura Baby Toiletries Set


Sekarang ni tengah dok gilakan barang-barang baby especially dari produk Pigeon. Aku kenal dengan produk Pigeon ni pas banyak kali google n wat research pasal botol susu mana yang selamat untuk baby. Dari situlah kenal Pigeon. Pastu plak aritu Pigeon wat Warehouse Sale kan, so lagi terdedah dengan produk-produk dari Pigeon ni.

Bila dah kenal dengan botol susu jenis PPSU yang wana kuning tu kat Warehouse Sale Pigeon, terus jatuh cinta dengan Pigeon! Ok, botol susu Pigeon ada dua kaler. Putih jernih dan putih kekuningan sikit. Apa bezanya? Aku ada tanya kat promoter tu beza antara keduanya. Dia cakap yang wana kuning tu PPSU Nursing Bottle and lebih tahan lasak. Bila rebus banyak kali lebih tahan dari yang putih.  Yang putih Cuma PP Nursing Bottle. Aku taktahu pulak PPSU and PP tu stand for apa. Tapi dua-dua memang BPA-free. Kawan En Asben nak hadiahkan set botol susu. Terus aku cakap kat asben, suruh dia belikan Pigeon Newborn Starter Kit. Jimat RM99. (siap dah survey kat Manjaku Bangi..hehehehe)

Produk Pigeon, Sakura baby Toileteries Set pulak aku memang dah survey lama. Tapi memandangkan harganya mahal (Fyi, Pigeon adalah produk Jepun), aku macam “takpelah guna Johnson je. senang cari and murah”. tapi hati still terpikat dengan Set Pigeon tu sebab memang direka khas untuk baby yang kulit sensitive. Yang penting produk tu Paraben Free and sangat-sangat sesuai untuk baby. Yelah kulit baby ni kan masih baru and belum terdedah kpd anasir-anasir pencemaran. Tu yang kena gunakan produk yang selamat supaya kulit tak naik ruam-ruam. Banyak lagi baby care product kat luar sana, tapi aku sangat berkenan dengan Pigeon (ni taw dek asben, masakkkk!! Nak campak mana set toiletries n bedak Johnson yang dah beli kat umah tu?)

Produk ni produk baru and tak ramai orang taw. Aku dah beli baju and selimut brand Pigeon. Memang berbeza jenis kain daripada brand lain. Kain kapasnya sangat sejuk and lembut and tak berbulu. Sukaaa sangat!!! Nak kumpul banyak-banyak barang Pigeon. 


ni antara produk-produk yang aku dah beli masa Warehouse Sale aritu. macam sikit sangat je. kalau boleh nak borong semua. korang boleh rujuk SINI

oklah, penat menulis. baiiiiiii~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...