Thursday, May 02, 2013

Pigeon Sakura Baby Toiletries Set


Sekarang ni tengah dok gilakan barang-barang baby especially dari produk Pigeon. Aku kenal dengan produk Pigeon ni pas banyak kali google n wat research pasal botol susu mana yang selamat untuk baby. Dari situlah kenal Pigeon. Pastu plak aritu Pigeon wat Warehouse Sale kan, so lagi terdedah dengan produk-produk dari Pigeon ni.

Bila dah kenal dengan botol susu jenis PPSU yang wana kuning tu kat Warehouse Sale Pigeon, terus jatuh cinta dengan Pigeon! Ok, botol susu Pigeon ada dua kaler. Putih jernih dan putih kekuningan sikit. Apa bezanya? Aku ada tanya kat promoter tu beza antara keduanya. Dia cakap yang wana kuning tu PPSU Nursing Bottle and lebih tahan lasak. Bila rebus banyak kali lebih tahan dari yang putih.  Yang putih Cuma PP Nursing Bottle. Aku taktahu pulak PPSU and PP tu stand for apa. Tapi dua-dua memang BPA-free. Kawan En Asben nak hadiahkan set botol susu. Terus aku cakap kat asben, suruh dia belikan Pigeon Newborn Starter Kit. Jimat RM99. (siap dah survey kat Manjaku Bangi..hehehehe)

Produk Pigeon, Sakura baby Toileteries Set pulak aku memang dah survey lama. Tapi memandangkan harganya mahal (Fyi, Pigeon adalah produk Jepun), aku macam “takpelah guna Johnson je. senang cari and murah”. tapi hati still terpikat dengan Set Pigeon tu sebab memang direka khas untuk baby yang kulit sensitive. Yang penting produk tu Paraben Free and sangat-sangat sesuai untuk baby. Yelah kulit baby ni kan masih baru and belum terdedah kpd anasir-anasir pencemaran. Tu yang kena gunakan produk yang selamat supaya kulit tak naik ruam-ruam. Banyak lagi baby care product kat luar sana, tapi aku sangat berkenan dengan Pigeon (ni taw dek asben, masakkkk!! Nak campak mana set toiletries n bedak Johnson yang dah beli kat umah tu?)

Produk ni produk baru and tak ramai orang taw. Aku dah beli baju and selimut brand Pigeon. Memang berbeza jenis kain daripada brand lain. Kain kapasnya sangat sejuk and lembut and tak berbulu. Sukaaa sangat!!! Nak kumpul banyak-banyak barang Pigeon. 


ni antara produk-produk yang aku dah beli masa Warehouse Sale aritu. macam sikit sangat je. kalau boleh nak borong semua. korang boleh rujuk SINI

oklah, penat menulis. baiiiiiii~

1 comment:

  1. hai saya nak tanya harga Pigeon Sakura Baby Toiletries Set tu berapa ye

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...