ok, setuju!!!!!
Friday, June 29, 2012
Thursday, June 28, 2012
B2B : Kisah Pra-Kahwin
Semakin hari semakin singkat dan semakin cepat. Excited,
nervous, berdebar-debar sume ade. Excited nak jadi raja sehari. Raja mana? Raja
Kapoor. Haha. Macamana ya alam rumahtangga? alam berkeluarga dengan keluarga mertua?
Macamana nak jadi menantu kesayangan untuk family mertua? Ada tips-tips tak? Hehe.
Kalau ikutkan checklist, hamper 80% completed dah. Cuma tinggal
hal-hal berkaitan majlis nikah jela. Tok imam, saksi, borang-borang nikah n
dokumen sokongan. Yang tu belum siap lagi. HIV test pun tak buat lagi ni. Aiyooo.
Lepas hantar sume borang kat Pejabat Agama nanti, kena pergi interview kahwin
pulak. Yang itu pun sangat nervous.
Soalan-soalan yang dia tanya basically berkenaan ilmu Munakahat dan yang berkaitan dengan alam rumahtangga. Tapi nama pun interview kan. mestilah cuak. Tapi En Tunang takyah g interview. Aku sorang je sebab anak Johor. Alaaa tak aci tak aci. Nak jugak suruh dia teman g Pejabat Agama masa interview nanti.
Soalan-soalan yang dia tanya basically berkenaan ilmu Munakahat dan yang berkaitan dengan alam rumahtangga. Tapi nama pun interview kan. mestilah cuak. Tapi En Tunang takyah g interview. Aku sorang je sebab anak Johor. Alaaa tak aci tak aci. Nak jugak suruh dia teman g Pejabat Agama masa interview nanti.
p/s : InsyaAllah aku akan sayang family mertua macam family sendiri. doakan yang terbaik ya. Aminn~
Germany Vs Italy

apa yang anda faham?
semangat semangat nak tahan mata pukul 2.45 a.m nanti!
esok pagi masuk opis mata panda. heeeee
Tuesday, June 26, 2012
B2B : Shawl or Tudung untuk Resepsi dan Bertandang
sekarang ni aku tengah pening nak pakai tudung or shawl masa resepsi and bertandang nanti. untuk nikah aku dah beli shawl Radiusite warna peach. tapi tak tahulah kena tak dengan baju nikah. masa beli shawl, boleh plak lupa warna baju nikah. haha.

inner neck silang ni pun cantik jugak
Shawl Shasmeen Sakura dari Radusite. gojess!
kalau boleh nak elakkan pakai tudung awning. sebab selama ni memang tak pernah pakai. macammana la agaknya muka aku nanti kalau pakai tudung awning kan? pelik ke cantik? theee hehehehehe.
tapi aritu ada try inner neck Arianni. memang sangat selesa dipakai. sesuai dengan harganya. Arianni kan.
inilah perempuan, nak pilih tudung pun susah kan.
notakaki : korang ada idea tak? pehlisssssss
Wordless Wednesday In Advance
Hero maya saya, Miroslav Klose.
tak boleh cakap Hero realiti saya, nanti Encik Tunang jeles.
eleh macam tu pun nak jeles. blueeekkk c(:
Wordless Wednesday In Advance? sukatilah. blog sendiri kan. haha
Monday, June 25, 2012
B2B : Kisah Aku dan FMIL
Rohana Daud tu a.k.a future mother in law aku. kitorang communicate guna fb je. memang sangat moden uollsss. aku panggil acik je sebab En Tunang yang suruh masa mula-mula kenal dulu. nak panggil mak, macam tak menyabo plak kan. terkesima jugakla bila dia cakap sal bakat memasak seperti yang aku highlightkan warna hijau tu.
sekarang ni tengah duk kalut nak beli buku masakan. bukan tak taw masak, setakat masak utk tekak sendiri bolehlah kan. hihi. ade sesape taw kat mana buku 1 Hari 1 Resipi Chef Hanieliza ada dijual lagi? aku cari 2,3 kedai buku Popular sume dah sold out. buku tu ada dijual di Popular je kan.
notakaki : terawang-awangan
Sunday, June 24, 2012
Calar di Kereta = Calar di Hati
semalam masa nak kua g lunch kat lua dengan housemate, baru terperasan yang kete kena calar. kalau tengok dari segi calar, macam buatan orang. aku memang suspek yang itu buatan orang. sedih wooo bila tengok kete kena calar. lagi-lagi bukan salah kita. aritu masa salah sendiri, punyalah sakit hati dengan diri sendiri. sakit mata apatah lagi. aku frust sangat bila tengok Lulu cedera. sapa yang 'baik hati' sangat p calarkan kete aku ni kan. semoga Allah balas jasa kalian. haaa, at the same time, kete housemate aku ni pun pancit kena cucuk dengan paku kat tayar depan sebelah kiri. macam sengaja je kan sesape yang buat ni?
Subscribe to:
Posts (Atom)