Saturday, May 28, 2011

Selamat Tinggal Banglo Mewah

sedih...

2 je ayat yang boleh aku luahkan. sedih sebab ktorang serumah terpaksa mengosongkan banglo mewah kesayangan kami (kesayangan ke) atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

 Owner bagi notis 2 bulan (sampai akhir bln 5) untuk kami keluar dari banglo mewah sebab rumah dah terlalu uzur dan perlukan renovation. anai-anai bermaharajalela, pantang ada kotak yang melekat kat lantai, xsampai beberapa hari dah koyak kena makan dek anai-anai. bukan setakat kotak, almari rumate aku pon leh lunyai. 




banglo mewah banyak memberi kenangan kepada semua penghuninya. even aku baru je duk sini almost 9 bulan, tapi seronok. seronok sebab dapat housemate yang sekepala. Siti, Pija,Roy, Nor, Intan, Kak Ain n Kak Mas. 

dulu masa awal2 aku masuk, tiap-tiap bulan mesti akan ada aktiviti rumah cthnya mcm tgk wayang, bbq, jalan-jalan cr pasal, makan-makan dll. ntahlah, xtawlah pasni akan ada lagi  tak kenangan spt itu dengan housemate baru. aku rasa xmungkin ada! 



betul kate org, cari rumah ni mcm cari calon suami. nak kena tgk mcmana keadaan rumah 2, penghuni-penghuniya, jiran tetangga, kedudukan geografinya dll.


pasni ktorang akan berpecah kpd 4 kumpulan. tapi yang pasti aku akan merindui saat-saat bersama penghuni banglo mewah TTDI Jaya. Love u gurls!






Sumpah akan merindu saat-saat ini! pasni besday dah x celebrate dah..syukur semuanya sempat raikan besday bersama-sama. 

notakaki : pasni kalau nak kuar, contact2 jelah..rumah baru ni xjauh pun, sekangkang kera je dgn yang lain2..jgn luper taw =)

Monday, May 23, 2011

Happy Besday Yayang!

22 May 2011, besday Enck Lelaki yang ke 23 tahun. dah bertambah da usia kamu ye encik lelaki. kan aku ada bgtaw kat korang yg aku sangat excited menunggu hari esok a.k.a 22 May kn. sebab inilah. ngeh3

aku saje nak wat suprise, masakkan spagetti utk pertama kali dlm hidup aku. ni bukan spageti + sos prego = tuang ke dlm mulut. tapi agak complex sikit sbb kena tambah daging kisar,cendawan,tomato,carrot etc etc. rumit  utk aku yg 1st tyme buat ni. aku berguru dengan roomate aku, Cik Siti. dia buat sos spagetti mmg terbaek! xcaya,cubalah tanya housemate2 aku yang lain. 

kononnya nak buat suprise, last2 encik lelaki dah makan kat umah b4 jumpa aku 2. aku pe lagi, trus hilang mood la..konpemla dia da kenyang kan. "xpe, nnt sy berak ae". ni yang encik lelaki cakap buat aku terguling2 ketawa. 

plan nak picnc kat tepi tasik Taman Botani, Putrajaya beralaskan tikar dan rumput yang menghijau. sekali ujan da..dan paling malang bila encik lelaki cakap " alamak, kamera tertinggal dlm kembara" adussss, mmg spoil mood aku. aku baru berangan-angan nak posing mcm angelina jolie. giler perasan kan.

last2 ktorang g picnic kat Taman Wetland. sebab kat sane byk wakaf yang berbumbung. tempat mmg sangat cantik! 


bertungkus lumus berjam-jam buat kad ni dek kerana xde idea. haha


ekcelly, besday sape ni?


kek Indulgence 1 slice yang da nak cair. hampa sbb kononnya nak letak lilin dan tiup.


mak suka pose kau nok!


inilah sos spagetti TTDI Jaya. yes!


sama x dengan iklan deodorant kat tv 2? =)

semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
AMIN~


I LOVE U encik Lelaki. malu malu

Saturday, May 21, 2011

excited!

Suprise!!!

sangat excited menunggu hari esok
semoga semuanya berjalan dengan lancar




senyum.senyum.senyum =p

kita semua adalah hebat!

Untuk menjadi hebat 
tidak perlu menjadi orang lain 
jadilah diri sendiri

percayalah 
setiap manusia ada kelebihan masing-masing 
cuma nampak xnampak je

terima kasih ustaz 
atas tazkirah Jumaat minggu ini
kita semua adalah hebat!
remember dat words! 

Gian ikan keli goreng!



aku gian! 

ya...aku gian dengan ikan keli goreng. baru aku tahu ikan keli itu sedap! selama 23 tahun aku hidup, baru sekarang aku dapat rasa yang ikan keli itu sangatttttttttttttttttttttttttt sedap! ruginya aku pada masa-masa lampau. sekarang ni, setiap hari aku akan makan ikan keli goreng yang dijual oleh makcik cafe opis aku. yelah nak topup 23 tahun yang lepas punya kan. hehe

Friday, May 20, 2011

Tupai-Tupai

apa itu Tupai-tupai? ohhh beliau bukan pemburu tupai dikala musim durian. bukan juga seorang pengembala tupai yang berjaya. tapi Tupai-Tupai yang aku maksudkan ni adalah Restoran Tupai-Tupai, Seksyen 13, Shah Alam (berhadapan Acapella Apartment). apa yang menarik kat Tupai-Tupai ni adalah steamboatnya! awesome! aku makan sampai tergolek-golek kekenyangan. rs macam nak bentang toto je kat tepi meja makan 2 and tido. (tido pas makan adalah menggemukkan. lagi-lagi diwaktu malam!) harga yang ditawarkan juga berpatutan iaitu RM25 per person. setiap 100g makanan yang berlebihan akan di cas RM10! ohh rugi-rugi. bek ko sumbat kat dalam perut 2 sampai terberak-berak kan. Restorannya pun amat cantik dan menenangkan. mmg aman je kalau makan kat sane. aku join officemate yang lain wat farewell party utk one of da kawan ktorang yang dah nak berhenti keje. so dia sendiri yang mencadangkan utk adakan party 2 kat Tupai-Tupai. ok, ni first tyme aku mkn steamboat! wohaaa! mcm xpercaya kan? 






notakaki : sory, enpon murah je. gambo pn xbape lawa. =)

Wednesday, May 18, 2011

Bandar Batu Pahat akan hilang?

Paras air laut meningkat akibat pemanasan global ancam 7 kawasan di Malaysia

JOHOR BAHRU: Beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkinan ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global.



Jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada tahun 2020 kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.


Kemungkinan mengenai kejadian itu ditemui pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004. Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun.


sumber : bharian


notakaki : pasni nak duduk mane? ohhh lupe,aku kat duk Muo, tapi dekat dengan Selat Melaka jugak.

Tuesday, May 17, 2011

8 Tempat Pelik di Dunia

1. PAMUKKALE - TURKEY





Kolam ni terjadi slps 1 gempa bumi kat Turki beribu tahun dulu yg membuatkan tanah2 tu ada yg naik dan ada yg turun. Bawah tanah tu ada mata air panas maka bila terjadi gempa bumi tu, bawak naik air panas tu. Air panas tersebut mengandungi kalsium yg sangat tinggi. Pamukalle bermaksud Istana Kapas di sebabkn warna air yg berwarna putih susu. Pada zaman Greco-Romans, mereka buat bandar yg bernama Heirapolis dan menggunakan tempat ni as "Healing Place".

(Tempat ni dh di tutup oleh UNESCO sebab ada kejadian pelancong mandi kat kolam tu)



2. MOERAKI - NEW ZEALAND





Batu yg besar ni terletak kat Pantai Otago dan terjadi sama mcm proses mutiara terjadi. Lagenda kaum Maori mengatakan batu ni di bawa nenek moyang dorg dalam sampan yg besar dan batu2 ni adalah tinggalan kapal tu. 


3. NINE HELLS OF BEPPU - JAPAN





Beppu, terletak kat Kepulauan Kyushu adalah penghasil kolam air panas kedua terbesar di dunia. Di katakan "Hell" di sebabkan keadaan kolam yg mcm pintu neraka masyarakat Jepun di tambah lagi dengan warnanya yg merah. Antara tempat tu adalah Sea or Ocean Hell (Umi Jigoku), Shaven Head Hell (Oniishibozu Jigoku), Cooking Pot Hell (Kamado Jigoku), Mountain Hell (Yama Jigoku), Devil or Monster Mountain Hell (Oniyama Jigoku,) Golden Dragon Hell (Kinryu Jigoku) and White Pond Hell (Shiraike Jigoku). Malangnya, petempatan kat sekeliling kolam tu dan terlebih di bangunkan maka tak hairan jika satu hari nanti kolam2 ni di tutup.


4. GREAT BLUE HOLE OF BELIZE 




Aku rasa ramai yg tau tempat ni kan? Blue Hole of Belize adalah salah satu pintu masuk ke dalam rangkaian gua di dalam laut. Ia berwarna biru disebabkan kedalaman air tu adalah dalam 130 meter.


5. HELL'S DOOR - TURKMENISTAN





Terletak kat Turkmenistan, percaya atau tak ini adalah buatan manusia. Pada tahun 1971 askar Soviet dapat tau kat situ gas asli maka dorg pun mula la mengorek. Pas dah sampai ke ke dalaman 25 meter, bumbung tempat yg menyimpan tu runtuh dan mengakibatkan gas asli tu terbebas. Ianya terbakar lepas pihak Soviet amik keputusan untuk tanak ada kes penduduk tempatan keracunan.

6. SANQINGSHAN - CHINA





Taman negara China ni biasa kita tengok dalam filem2 fantasi dorg. Di katakan syurga dewa masyarakat China.

Mengikut lagenda, seorang puteri China memujuk 4 dewa alam iaitu api,air,angin dan tanah untuk membuat taman ni untuk dia.



7. EYE OF AFRICA - MAURITANIA





Cuba bukak google maps dan tengok.korg akan nampak bentuk mata. Ikut lagenda, tempat ni adalah testing ground bomb nuklear zaman dulu (google sejarah tamadun Indus yg di katakan lenyap sbb bom atom)


8. RACETRACK PLAYA - USA





Batu tu bergerak setahun sekali di sebabkan setiap tahun, tempat tu akan hujan dan akan membuatkan tanah yg kering menjadi lumpur. yg menjadi misteri, batu2 kat situ ada yg seberat beratus kilo dan tempat tu adalah tempat yg paling rata di dunia


sumber : jiwang.org

Monday, May 16, 2011

Andainya Lelaki Tahu

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

nota kaki : cuba baca entry ni sambil dengar lagu Dakmie-Yang Terindah...boleh menangis. ya!

Kenapa Perempuan Mudah Menangis?

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti!"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"
"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

sumber : tentangcinta

notakaki : barulah aku mengerti sekarang, kenapa aku sangat mudah menangis

Thursday, May 12, 2011

Siapa Mustafa Kamal Attartuk di zaman pemerintahan Turki?

Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka. 
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang MenyeksakanDi saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di
dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak
hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang!

Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya
meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis
ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!" Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda :

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah
dari kelemahan manusia itu sendiri."

Wallahualam...Wassalam....


sumber : jiwang.org

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...