Thursday, October 20, 2011

Pecah Rumah - Syukur Semuanya Selamat

 Ptg semalam dalam pukul 4.30 ptg rumah aku kena pecah masuk. dengan perompakla kan, takkan dengan penjual sayur. Yang peliknya, ptg-ptg pun berani pecah masuk rumah padahal rumah aku depan jalan besar n kanan kiri jiran suri rumah. Nasib baik uncle India sebelah rumah perasan macam ada bising-bising kat luar, terus dorang cabut naik kereta.




Difahamkan, ada 2 orang yang cuba nak masuk rumah. Aku dapat rasakan yang dorang dah lama aim rumah aku, yela rumah bujang kot n kawasan 2 agak sunyi time office hour and hari sekolah melainkan kenderaan lalu lalang depan rumah. 


Antara yang menjadi suspek kitorang adalah pekerja kontrak renovation selang beberapa buah rumah. itu cuma suspek jelah, tak tahulah sape kan. Jenayah sekarang makin berleluasa kan sampai siang-siang pun berani pecah rumah. so aku nak nasihatkan korang supaya jangan tinggal barang berharga kat rumah. tapi yang lebih menggerunkan kami, kalaulah diorang pecah rumah tapi time 2 kami ada kat rumah. serammmm. 

So pisau and benda-benda yang boleh dibuat protection wajib ada dalam bilik and jangan lupa pasang selak kat dalam bilik. Gate pun kalau boleh mangga (Solex). Biar rasa susah sikit tapi keselamatan kt terjamin lagi-lagi perempuan. Jenayah ni sukar diramal, mungkin niat asal diorang nak curi barang tapi mungkin juga boleh jadi jenayah berat spt bunuh, rogol, culik dan sebagainya. So kita kena berjaga-jaga. Aware terhadap keadaan persekitaran. Satu report polis telah dibuat malam tadi kat Balai Polis Bukit Jelutong. Punyalah tersorok balai Polis ni. Susah betol nak Nampak dari jalan besar.



pesananikhlasdariaku : patutlah aku mimpi gigi tercabut semalam, rupa-rupanya benda macam ni nak jadi. tp alhamdulillah semuanya selamat.

4 comments:

  1. Alhamdullilah masih belum terlewat...kena lebih berhati2 lepas ni...

    ReplyDelete
  2. 2lah..alhamdulillah semua selamat. syukur ke hadrat Ilahi

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah ko selamat Anne. Tiba2 je rasa sayang kat nko...uweekkk...

    ReplyDelete
  4. heheheehehehe...syg kat akak jugak (uweeekkkkkkk)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...