Wednesday, October 19, 2011

Siapa Hijjas Kasturi?


Hijjas Kasturi. nama yang cukup unik. aku tak kenal dia, tapi aku tahu yang beliau ni seorang arkitek tersohor masa dok search kat internet utk revision interview degree adik aku kat UPM aritu. adik aku amek degree Architecture sekarang. so far, apa yang aku tahu pasal Hijjas Kasturi ni, beliau adalah pereka plan untuk PICC, Bangunan Tabung Haji, Menara Maybank, Menara TM Bangsar, Lot 10 dan banyak lagi. 

kalau tengok pada rekabentuknya, semua rekaannya adalah unik dan tersendiri. ini merupakan bangunan terhebat dan menakjubkan di negara ini. Beliau juga telah memenangi pelbagai anugerah termasuklah ASEAN Awards (1990), 12th Tokyo Creation Award dan PAM 2002 Excellence Award. Beliau juga telah menerima anugerah  2001 PAM Gold Medal Award daripada Pertubuhan Arkitek Malaysia kerana sumbangannya dalam senibina bangunan di Malaysia. 

ok, itu adalah antara biografinya. aku nak citer ni pasal sebuah bangunan yang terletak di Jalan PJS2 Petaling Jaya. Bangunan ini kelihatan seperti sebuah roti yang dibelah-belah. unik bukan? dan ianya juga direka oleh Hijjas Kasturi dan berfungsi sebagai ruang pamer dan pejabat jualan dengan keluasan 750 meter persegi. jom layan gambar..








sumber gambar : archdaily

bisik buzzz : nanti kalau ada masa nak ajak Encik Lelaki g tengok sendiri dengan mata kasar bangunan roti ni. excited! hehe

9 comments:

  1. cantiknye,betul ke ade bangunan camni kat malaysia ni..?hijjas kasturi ni org ape?cm org jepun je, tp knp name dia camtu..?

    ReplyDelete
  2. ada..memang dah terbukti ada. semuanya bukan mustahil. Hijjas Kasturi ni dulu lahir kat Singapore tapi dah berhijrah ke Malaysia..nama dia memang unik. tak tahu knp.. =p

    ReplyDelete
  3. salam. hijjas kasturi tu nama jawa..dia keturunan melayu..bapaknya melayu jawa pahang..emaknya cina muallaf indonesia..keduanya dh arwah..al-fatihah..

    ReplyDelete
  4. Saya penah praktikal kat company Hijjas ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hijjaz Kasturi memang ambik student architecture je ke? Last time mintak practical kat sini, dia kata penuh T.T

      Delete
  5. tambahan info skit.. hijjaz kasturi yg design stadium shah alam.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beliau design Bank Tabung HAJI dan TMnet tower...

      Delete
  6. Dia asal Singapore.....

    ReplyDelete
  7. Salam tumpanh tanya..tesort terbaru berdepan degn cherating beach resort..namanye Kasturi resort stahu saya asalnye resort ni bernama Rimbun Dahan..adakah resort ni ade kne mengene dgn Hijjas Kasturi..dari segi senibina mmg unik..saya pnh pergi interview di resort ni..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...