Thursday, July 05, 2012

TTDI Jaya

2 bulan lagi aku akan meninggalkan bumi Shah Alam. spesifik lagi, TTDI Jaya. Ohh My Gucci. hampir 2 tahun bermastautin di TTDI Jaya meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis. paling dirindui nanti adalah kemudahan dan kedai yang terdapat di kawasan TTDI Jaya dan Seksyen 13. antaranya adalah : 

Geylang Kopitiam












Tempat lepak kalau kua makan atau nak borak-borak panjang berjela dengan Encik Tunang. best sebab kat Geylang Kopitiam ni terasa aman and tenteram je. selalu lepak borak-borak sampai kedai tutup. heaven sebab ada wifi jugak. hihi. makanan yang paling aku suka kat sini adalah Kueytiow Kantonis dan Yee Mee. mabeles uollss. tengah dok taip ni pun rasa terliur. yummy yummy. da janji da dengan Encik Tunang, nanti lepas kawin kalau agak-agak bosan boleh turun lepak sini. saya akan rindukan awak Geylang Kopitiam. 


Giant Seksyen 13, Shah Alam

Tempat untuk liburkan hati dikala tension. suka sangat dengan Giant Seksyen 13 sebab macam-macam ada. tak payah nak g ke shopping kompleks ke apa, cukuplah ke Giant saje. paling seronok gi bila tyme da gaji sebab terasa nak beli macam-macam. tapi bila takde duit, dapat melampiaskan nafsu dengan cuci mata pun takpe. nak cari shawl kat situ memang berlambak. ada KFC, McD, Coolblog, MPH, Secret Recipe, PosMalaysia, Air Asia, Courts Mammoth, Speedy, dan lain lain lagi. ok makanan paling sedap kat Giant Seksyen 13 adalah Soto dan Bihun Sup kat Food Courtnya. perggghhhhhhhhhh!!!

Pasar Ahad (Sebelah Stadium)

Pasar Ahad ni sebenarnya banyak sangat nama. ada orang sebut pasar karat, pasar Ahad and tah pape lagi nama sampai aku pun lupa. aku rasa pasar Ahad ni adalah Pasar terbesar pernah aku pergi. cakap je nak apa? pelbagai jenis makanan ada dijual. macam-macam lagi la ada dijual. sediakan duit je kat poket okeh. ohhh aku akan rindukan Pasar Ahad ni. sob3

Nasi Kukus Pantai Timur

kat TTDI Jaya ni ada 2 gerai nasi kukus yang sedap (yang selalu aku beli, yang tak pernah pergi aku tak taw). hehe. 1 kedai dekat dengan 7 Eleven depan masjid tu. kedai tu dibuka pada pukul 5.30ptg sampai ke malam kot. biasa kalu beli sini memang beratur panjang. ikut nasib jugakla, kalau tak ramai orang dapatla nasi kukus tu cepat. aku pun biasa tapau je. tak pernah makan kat situ. makan kat umah sambil baring-baring tengok tv lagi seronok. ok, satu lagi yang best adalah air strawberi susu yang sangatttt sedap. harga pun cuma RM1. sedap dan murah. 

Gerai nasi kukus kedua adalah nasi kukus depan padang kat TTDI Jaya. yang ni pun sedapp jugak. wallahhh. tapi tak banyak cerita sebab tak taw nak cite apa. tapi memang sedapla. hihi. 

Masjid Al I'tisam

Rumah aku memang dekat dengan masjid. kalau bulan puasa, senang nak g ke masjid. jalan kaki je dah sampai. kalau time azan pun boleh dengar kat umah. masjid Al I'tisam ni memang aktif dengan ceramah dan aktiviti. takde kesempatan je nak join. huuuuuuu

Kuey teow Goreng

Kuey teow marbeles ni ada kat 2 kedai (setakat yang aku taw). 1 kat gerai depan masjid dan 1 lagi kedai Aimar Corner. yang kat Aimar ni aku tak pernah pergi tapi gerai depan masjid tu memang sedap. baru lepas makan. heeee

rasanya setakat n je kot yag aku rasa sangat penting. kalau nak taip semua, tak cukup rasanya page ni. senang citer, sume tempat kat TTDI Jaya ni best! kalaulah sewa rumah kat sini murah, boleh ajak En Tunang menyewa kat sini lepas kawin nanti. 

notakaki : Shah Alam adalah tempat yang seronok dan bahagia untuk diduduki. saya akan  
rindu awak. sob3

2 comments:

  1. rinduuu...kt nak alamat awak..no fon pn da hilanggg..huuu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...