Wednesday, September 26, 2012

Hari Ke-10 Sebagai Seorang Isteri

husband-wife :)

langkah ini masih kaku. masih kaku bila berada di tempat baru, suasana baru, dan keluarga yang baru. awal-awal kawin ni Encik Suami ajak tinggal dengan family mertua dulu. aku ok je memandangkan family mertua pun sporting. tengoklah dalam 2,3 bulan baru pindah ke rumah 'sendiri'. hehe. 

baru perasan yang aku dah 10 hari kawin. macam baru 2,3 hari. apa yang aku perasan perbezaan sebelum dan selepas kawen adalah aku jadi macam terlebih rajin plak. dulu masa duk umah sewa zaman bujang boleh dikatakan agak malas yang melampau. betul ke Nurul? hehe. bila dah kawen ni terasa ada 1 tanggungjawab yang mana aku perlu jadi lebih rajin sebab aku kena jaga seorang suami. ya suami. dah kawen rupanya aku ni. kemonla anne, ingat kau masih bujang ke??

tadi masa dok kemas-kemas almari, terjumpa surat cinta Encik Suami zaman sekolah. agak kejelesan di situ ya bila baca ayat cintan cintun yang berbunga-bunga. haha. tak sangka Encik Suami orang macam tu. kiki. setakat ni belum lagi berasap dapur tu. baru masak nasi je, tu pun baru sekali. hehe. mak mertua cakap tak payah masak. masak tyme weekend je.  tunggulah weekend ni, nak masak ke taknak. haha. 

ni gambo tahun 2010. ohh sangat janggal melihat berat badan waktu ni. demm!!


untuk Encik Suami, sayang kamu sangat-sangat-sangat :)

4 comments:

  1. akak, jgn lupa update gmbr byk2 tau. wajib!

    ReplyDelete
  2. betul tu *sambil angguk laju2. hahaha. Xde la malas sangat. Rajin jugak lagi2 bab sapu ruang tamu. hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...