Thursday, November 07, 2013

Cuti-Cuti ke Langkawi. Dulu Berdua Sekarang Bertiga!

Alhamdulillah, ketika entry ini ditulis Khaleef Fayyadh dah pun berusia 4 bulan 17 hari. Lagi 2 minggu nak masuk umur 5 bulan. How time flies. Bila dah ade anak ni, asyikla update cerita pasal anak kan. pasal bapak dah takde dah. Hihi. Pasal diri sendiri lagilah tak nampak bayang. Alhamdulillah jugak, percubaan pertama Khaleef naik flight pada umur 4 bulan. Tak mengecewakan dan tak banyak ragam! Yeayyy anak mama dah dewasa dan matang. Errkkkk? 

tq Asben untuk foto yang gojess ni. 

Bob Marley jr. cap jelah. 

Cuti Deepavali aritu kami satu family plus mak n ayah mertua and adik ipar ke Langkawi. Sume ayah mertua support. Kalau nak tunggu aku n asben yang plan, memang takkan ke Langkawi lah. Dengan anak keciknya lagi kan. huuuu. 3D 2N kat Langkawi, kami duk homestay je sebab lebih selesa untuk kami yang ada anak kecik and lebih murah. homestay yang sangat best dan selesa ni kami sewa di area Ulu Melaka tapi bukan di Melaka ya. RM750 untuk 3D 2N plus Avanza. 

hohohoholidayyyyyyyyyyyyyyyy~

Risau jugak fikir nak bawak Khaleef naik flight. Yelah dokla dia meragam ke nanti kan. khaleef mana main merengek-merengek ni. Terus tekan button menjerit sekuat hati. Maw tak segan kalau dia mngamuk dalam flight nanti. Tapi Alhamdulillah, khaleef ok and behave sangat. Masa pergi tu dia nak main je kat dalam flight. Ayahla yang banyak melayannya pun. Tapi masa baliklah yang paling best sebab dia tidur dalam flight daripada flight start take off sampailah landing kat terminal. Memang senang betul jaga dia. Alhamdulillah. Banyak betul ayat Alhamdulillah kat entry ni. Patut aku letak je tajuk entry ni Alhamdulillah. Haha. 

tepi airport Langkawi. ayah jangan nak bajet hot okeyyy!!

baik kan dia dalam flight. siap baca mag lagi. anakku~

Masa kat Langkawi, tak banyak jalan mana pun sebab cuti Deepavali time tu kan. tempat2 menarik kebanyakannya penuh dengan umat manusia. Yang sambut Deepavali pun ada dok jalan2 kat langkawi. Diorang tak raya ke?? Shopping kat Haji Ismail Group pun sekejap je sebab beratur nak bayar je punyelah panjang. Bayangkan bape ramai yang ada kat dalam kedai tu? Sempatlah grab apa-apa yang kawan-kawan pesan and beli sikit2 untuk bekalan sendiri. Khaleef pulak baru nak ke sini dah meragam, baru nak ke sana dah uweek uwekk. Moral of the story, kalau nakn jalan-jalan Langkawi, janganglah pergi waktu cuti sekolah or whatever cuti. Memang pack sangat.  Encik Asben ape lagi kalau dah ke Langkawi, rokok jelah jawabnya. Yelah rokok kat sana kan murah kan. duty free zone katenya. Asyikla merokok. Bila nak benti agaknya nih! Marah ni marah! 

di Maharaja, Telaga Harbour

pantai tepi airport. pekena cendol n laksa sodappp.


mama and Khaleef Fayyadh. peace

Lama dah nak update entry. Gambar bersepah dalam kamera, Hp, Ipad, Pc. Banyak nak upload dalam entry. Tapi nak start menulis tu memang tak sempat. Maklumlah sekarang dah ada beg tangan baru kan. kulit original lagi. Haha.  

4 comments:

  1. bip kat leher je...mesti suka main liur ni..

    ReplyDelete
  2. pipi and bibir khaleef macam anne la. comey nye dieee.

    ReplyDelete
  3. suka gambar 1st & last,comel3x!:)

    ReplyDelete
  4. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi wwwasianbet77com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    http://asianbet77.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...