Wednesday, June 29, 2011

Tahniah Sepah!




Agak dah basi ye kawan-kawan bila aku buat entry Sepah Menang Maharaja Lawak! 
aku just nak ucapkan Tahniah kepada SEPAH di atas kemenangan mereka dalam Maharaja Lawak. Lawak korang memang buat aku pecah perut. Aku bangga jadi orang Johor sebab SEPAH pun org Johor. Hehe. Teruskan melawak ye!

Thursday, June 23, 2011

Super 8 buat aku sakit jantung!


Malas nak review panjang-panjang, better korang tgk sendiri kat panggung wayang. Malam td ajak Encik Lelaki keluar, saje ajak dia tgk wayang memandangkan selalu je cancel kalau nak tgk movie. Ktorg decide g Pavvilion. Tapi dlm kepala tgh fikir nak tgk citer ape la ni. B4 ni, Merong Mahawangsa – keciwa,Fast Furious 5 – hampeh,Nur Kasih – lebur dan byk lagi. Mlm td Encik Lelaki decide tgk citer Super 8. Aku ni kalau citer2 yg aku xpnah tgk kat iklan, mmg aku xnk tgk. Tp dah xde citer lain, so layan jela.

Dah dah, citer sal movie ni plak. Super 8 mengisahkan seekor alien yang tersesat kat bumi dan tak boleh balik ke tempat asalnya sbb saintis kat bumi nak jadikan alien ni sebagai bahan eksperimen. So alien ni berdendam dgn manusia menyebabkan dia tangkap manusia buat lauk n curi peralatan-peralatan elektronik  kepunyaan semua org utk  jana tenaga elektrik pesawat beliau. Cerita ni boleh buat korang sakit jantung sbb sound effect n aksi-aksi yang mendebarkan. Lagi-lagi bila part keretapi meletup. Mmg real.  Kalau tgk 3D punye citer, msti korang menjerit. Nak tahu lebih lanjut? Tgkla sendiri…Cuma korang kena hayati setiap scene betul2 utk korg faham cerita ni sbb mula-mula aku pon xfaham. Mujur ada Encik Lelaki terangkan. Hihi.

Samarinda TV3 : Annissa


sejak ditayangkan kat TV3, aku xpernah miss citer ni (kadang-kadang ada miss jugak). pada aku, citer ni unik, lagipun penulis skrip Sharifah Abu Salem. mane xmeletup citer ni kan. 
lagu tema plak lagu Shila 'Di mana Di mana' mmg kena la dgn cerita ni. 
jom layan sinopsis ni.
Sinopsis :
Atas dasar kepercayaan, 4 wanita yang sudah berkenalan rapat sejak persekolahan kolej telah membina sebuah empayar perniagaan, Annissa Corporation. Mereka telah berjanji untuk bersikap jujur antara satu sama lain namun keakraban mereka mula bergoyah apabila syak wasangka mula timbul dalam hubungan persahabatan yg telah sekian lama dibina.
Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.
Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.
Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.
Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya?
sumber : yanghangat

Monday, June 20, 2011

najis dan 'daging burger'



Mitsuyuki Ikeda, seorang pengkaji dari Okayama Laboratory, telah menghasilkan steak tiruan dari tahi manusia. Tokyo Sewage mulanya menghubungi saintis tersebut mencari penyelesaian kepada najis yang terlalu banyak di loji buangan najis. 

Mereka memintanya mencari kegunaan lain untuk najis tersebut kerana ianya mengandungi protein yang berlebihan disebabkan bakteria yang banyak. Menurut beliau, setelah membuat kajian didapati bahan buangan manusia mempunyai jumlah protein yang tinggi. 

Warna merah pada daging burger itu diwarnakan dengan pewarna artifisial untuk membuatkan ia nampak segar, menarik dan kelihatan seperti daging burger yang sebenar dan menggunakan perasa soya sebagai bahan tambahan untuk memberikan rasa sebenar daging kepada najis yang diproses tersebut. Ujian awal menunjukkan orangramai yang merasa daging tahi ini tidak dapat membezakannya dengan daging lembu.


63% protein, 25% karbohidrat, 3% lemak dan 9% mineral merupakan kandungan yang ada dalam daging ini. mengasingkan bahan proteinnya, mencampurkannya dengan pemangkin dan memasukkan bahan bahan tersebut ke dalam mesin peletup untuk menghasilkan steak tiruan.

Tambah beliau, masalah utamanya bukan dari segi kesihatan tetapi dari psikologi manusia iaitu daging ini dibuat daripada najis. Ditambah pula dengan kos pembuatannya yang rumit menjadikannya agak mahal membuatkan harganya 10 hingga 20kali ganda lebih mahal daripada daging lembu biasa. 

Namun, itu hanyalah kos untuk kajian dan mungkin apabila kajian ini selesai harganya akan boleh dikurangkan supaya setanding dengan harga daging burger biasa. Jika tidak, ia tidak akan di pasarkan. Katanya lagi, daging burger daripada najis manusia ini kurang lemak dan rendah kalori. 


notakaki : sumpah loya tekak aku nak makan burger pasni. yarkkkkk!


sumber : kaki-haru

Thursday, June 16, 2011

Gambar Salleh Yaacob Honeymoon dgn family di China

alangkah bahagianya mereka. cantik sungguh isteri ke-4 Salleh Yaakob. madu 2 mmg manis kan? tapi aku tak sanggup. ngehehehehe. jom layan gambar..aku dapat gambar ni drp emel  seorang kawan. thanks kak!


 Bersama para isteri





isteri ke-4

anak dara Salleh Yaakob

p/s : Bahagianya melihat mereka =) jom klik sini

Antara website gov yang kena hacked

korang try klik jbiotech, tourmalaysia (kalau gov belum recover lagi la).


p/s : komen anda?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...