Wednesday, November 09, 2011

Wordless Wednesday #2



sengaja Allah turunkan hujan yang lebat supaya terhasilnya pelangi yang indah. 

gambar mcm xde kaitan dengan tajuk. watever~

Wordless Wednesday

Tuesday, November 08, 2011

Jalan-Jalan Bukit Fraser

kalau tak silap, dalam 2 minggu lepas, aku g Bukit Fraser dengan En. Lelaki. g pagi balik petang je. perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah ke 3 jam. agak letih jugaklah kepada mereka yang duduk kat seat bukan pemandu ni. hihi..

kitorang lalu Kuala Kubu Bharu untuk sampai ke kaki Bukit Fraser. dari kaki Bukit nak ke atas mengambil masa lebih kurang 1 jam jugaklah bersamaan 8KM jauhnya. jalannya yang memang awesome utk kenderaan 4x4 memang mencabar. aku asek tutup mata je bila tengok sebelah kiri gaung yang sangatlah curam. uhuhuhu serammm. 

cakap banyak pun tak guna, jom layan gambar. 

zzzzzzzassssssss!!!!

 kabus sangat tebal. susah nak jumpa tempat macam ni. 

 suhu dicatatkan bersamaan -1. ok tipu 




 asek gambo aku je kan? layannnn


 bukan HOLLYWOOD ok!


ni kat Allan Water, bestttt dapat nek bendaalah ni apetah namanya
tapi tak puas ati sebab xjumpa pon Mini Strawberrry Farm. penat je pusing-pusing.


soriler gambo aku je banyak kan. yela, kate suka mencapap. hihi. *bosan dengar

notakaki : nak pegi lagi boley? *sambil kenyit-kenyit mata tanda gedik. uwekkkkkk

Thursday, November 03, 2011

Real Steel Adalah Citer Terbaik Abad Ini



rasa agak ketinggalan sebab tak tengok lagi citer Real Steel bila fbians sibuk dok post kat fb bagitaw yang Real Steel sangat best. mula-mula tgk iklan, eh citer ape ni? macam robocop @ transformers je. tak menarik perhatian. ok, fine. malam tadi gatal-gatal tangan beli tiket GSC online tengok citer Real Steel. sebab tak tahu nak tengok citer apa sebenarnya. putus idea. hmmmm

"Real Steel adalah citer terbaik abad ini"

chehhh...macam quotes wartawan hiburan plak kan. hampehh. 

just imagine, pada tahun 2020 nanti akan berlakunya revolusi kemajuan teknologi hingga manusia mampu mencipta robot yang boleh merekod dan meniru bayangan perbuatan yang manusia lakukan. pening ke? ayat belit-belit eh? 

ok, straight to da point. Real Steel mengisahkan robot sampah buangan longkang yang bernama Atom telah menyelamatkan Max, seorang budak yang punyai seorang ayah yang menggunakan robot sebagai medan mencari keuntungan dengan cara lawan robot. 

part ni memang sweet gler

Atom pada mulanya sangatlah selekeh. ala robot je pun, bukan orang nak hensem bagai. Max telah train Atom untuk ke liga World Robot Boxing. kira dalam liga ni, Atom akan berlawan dengan robot yang paling kuat selepas Zeus iaitu Twin Cities. bunyi agak kelakar sebab robot ni ada dua kepala. robot ni dikawal oleh pakar-pakar yang hebat. masa lawan Twin Cities, Atom menang dan Max iaitu tuan kepada Atom telah mencabar robot Zeus iaitu robot paling angkuh dan juara dalam liga robot setiap kali bertanding. 


Zeus tersangatlah sombong macam tuannya. aku pun geram tengok. haha. cukuplah aku cerita sampai sini je. korang g tengok sendiri sambungannya ya. apa yang aku boleh jamin, Real Steel adalah cerita paling best pernah aku tengok. betul tak tipu. 

sepaklajulaju : ohhhh! aku cintakan Atom ^^

Daiso Japan kini di Malaysia

view dari depan kedai 

RM5 untuk semua barang!

menarik bukan? 

ni bukan Hinode Shop. tapi Daiso Japan. 
kedai ni ada jual macam-macam-macam barangan dari Jepun. first time aku g kedai ni masa window shopping kat Sunway Piramid. kedai ni betul-betul depan kedai Living Cabin. memang syurga membeli belah utk aku yang suka sangat barang comel-comel ni. 






kalau boleh nak belek satu persatu barang yang dijual kat kedai 2 kaww. comel-comel dan semuanya pada harga RM5! encik lelaki pun dok shopping kat Daiso. shopping apa? besela..span basuh kete, charcoal utk kete, n tah apa lagi yang berkaitan kereta dia beli. aku beli alas duduk je sebab masa 2 rambang mata sangat sampai tak taw nak beli apa kaww. kita layan gambar yokk. ihsan Google.

nak pegi lagi nak pegi lagi! 

nota kaki : angan-angan nak bukak kedai macam 2 satu hari nanti boley?

Wednesday, November 02, 2011

Tuesday, November 01, 2011

Kereta Api Rempuh Lori Tangki di Sabah




KOTA KINABALU: Kira-kira 200 penumpang kebanyakannya kakitangan kerajaan nyaris maut apabila kereta api dinaiki mereka merempuh sebuah lori tangki bermuatan 27,000 liter petrol yang menyebabkan letupan kuat di lintasan kereta api haram berhampiran Kilometer 5, Jalan Kota Kinabalu-Putatan, Petagas, dekat sini, semalam.

Letupan itu menyebabkan gegaran kuat di sekitar Petagas dengan asap tebal boleh dilihat dari jarak kira-kira lima kilometer (km), selain kesesakan lalu lintas yang teruk sepanjang kira-kira 10 km dari Jalan Kota Kinabalu-Putatan dan sebaliknya


Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, lapan penumpang kereta api cedera ringan manakala pemandu lori berkenaan tidak cedera.

Kereta api tiga gerabak itu dalam perjalanan dari Stesen Kereta Api Tanjung Aru, di sini membawa penumpang yang kebanyakannya kakitangan kerajaan yang baru pulang kerja ke Stesen Kereta Api Papar, kira-kira 70 km dari sini.

Kereta api milik Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS) itu dikatakan baru meninggalkan stesen berkenaan pada jam 5 petang dan dipercayai bergerak pada kelajuan antara 40 hingga 50 km sejam tetapi pemandunya dipercayai gagal memberhentikan kenderaan itu kerana agak hampir dengan lori berkenaan. 


Ia menyebabkan kepala dan gerabak pertama kereta api itu tergelincir ke kanan landasan sebelum hangus manakala lori itu terputus dua dengan bahagian kepala dan tangkinya terpisah kira-kira 10 meter di kiri dan kanan landasan. 
Penumpang yang panik terpaksa memecahkan cermin kereta api dan melompat keluar bagi menyelamatkan diri daripada api yang menjulang setinggi kira-kira 30 meter.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kejadian dipercayai berpunca akibat pemandu lori membelok ke kiri jalan untuk melintasi landasan sebelum membawa bahan api itu ke sebuah stesen minyak, kira-kira 300 meter dari tepi landasan.

“Pemandu lori dipercayai gagal mengesan kereta api berkenaan tetapi sempat melompat keluar dari kenderaannya sejurus sebelum kenderaannya dirempuh kereta api," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Jurucakap JKNS berkata, kejadian menyebabkan kepala kereta api seberat kira-kira 60 tan itu tergelincir ke kanan landasan manakala gerabak depan hangus.

Katanya, lintasan kereta api berkenaan dibuat pihak tertentu secara haram, menyebabkan tiada pintu di landasan berkenaan.

Beliau berkata, kereta api itu baru dibeli JKNS dari China mula beroperasi sejak Februari lalu selepas dihentikan selama lima tahun berikutan projek menaik taraf landasan berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, berkata bomba yang menerima panggilan pada jam 5.38 petang menghantar lima jentera dengan 35 anggota ke tempat kejadian dan api berjaya dipadamkan kira-kira jam 6.45 petang.

notakaki : alhamdulillah semuanya selamat.

sumber : bharian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...