Wednesday, October 27, 2010

*Cerita tentang Kereta*

Tip pemanduan daripada Chevrolet

SEMUA pemandu kenderaan mahukan perjalanan yang selesa, selamat dan cepat. Namun, kerosakan ketika dalam perjalanan memang tidak dapat dielakkan.
Bagaimanapun, pemeriksaan yang sempurna dan berkala boleh membantu mengurangkan risiko kerosakan di jalan raya.
Pengeluar kenderaan terkenal dunia, Chevrolet membantu pemandu dengan memberi beberapa tip pemanduan supaya perjalanan menjadi lebih ceria, selamat dan sempurna.

  • Periksa kenderaan secara berkala bagi memastikan jentera berada dalam keadaan terbaik. Sebaiknya ikutilah jadual penyelenggaraan yang disarankan pengeluar seperti tempoh penukaran minyak enjin, brek, cecair stereng kuasa dan bendalir transmisi automatik. Juga diingatkan supaya memeriksa tahap air radiator setiap masa.
  • Melakukan penalaan (engine tuning) terhadap enjin kereta bagi penggunaan bahan api lebih konsisten
  • Periksa semua tali sawat (TIMING BELT) sama ada terdapat rekahan dan ganti sekiranya perlu.
  • Periksa tekanan angin tayar termasuk tayar gantian. Tekanan angin tayar yang betul boleh menjimatkan penggunaan bahan api.
  • Sensitif dengan sebarang bau pelik daripada enjin seperti hangit atau petrol.
  • Pastikan kenderaan dihantar ke pusat servis bertauliah supaya sebarang masalah mendatang boleh dirujuk kepada proses penyelenggaraan terdahulu.
  • Pandu menggunakan gear tertinggi apabila melalui lebuh raya kerana paling rendah kedudukan gear bermakna penggunaan bahan api semakin tinggi.
  • Jangan memecut atau memberhentikan kenderaan secara terburu-buru kerana boleh menyebabkan enjin terpaksa menggunakan bahan api lebih banyak.
  • Berkongsi kereta.
  • Jangan membuka tingkap terlalu luas ketika memandu dengan kelajuan tinggi kerana akan menyebabkan penggunaan bahan api lebih cepat.
  • Jangan menghidupkan enjin sekiranya berhenti dalam tempoh masa lama.
  • Rancang perjalanan dan elakkan memandu ketika waktu puncak.
Langkah memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik
  • Lakukan pemeriksaan berkala berdasarkan cara pemanduan sesebuah kenderaan. Cara pemanduan yang dianggap terlalu keras dan memerlukan penyelenggaraan lebih kerap boleh diibaratkan seperti:
  • Memandu kurang daripada 10 kilometer sehari.
  • Memandu menggunakan gear rendah
  • Memandu dalam keadaan jalan raya berhabuk.
  • Memandu di kawasan berbukit.
  • Menunda kenderaan lain.
  • Memandu dalam kesesakan teruk di mana suhu persekitaran melebihi 32 darjah selsius.
  • Kenderaan polis atau teksi.
  • Cara pemanduan biasa pula boleh digambarkan seperti memandu seperti biasa setiap hari dengan cara pemanduan yang tenang.
  • Pemanduan biasa tidak memerlukan penyelenggaraan secara kerap dan boleh dilakukan mengikut carta yang dikeluarkan pengeluar

p/s : thanks to http://kereta.infokereta.info/ for this information :))

2 comments:

  1. sejak bile jadi pemandu berhemah nie??

    ReplyDelete
  2. hahahahaha...xtawla ape mmpi aku ltak entry ni..mebi ms upload 2,aku tgh mmpi kot :P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...