Tuesday, November 09, 2010

Kad Kredit...keperluan @ kehendak??





....td bual2 dgn ofismate becerita sal baju yg dia beli..sronok je dgr dia ckp bli baju guna kad kredit..xyah susah2..bagi aku yang mmg gerun dgr org ckp gne kad kredit sbb-kad-org-kaya,aku xde nak komen papela...yela,mane mampu kn...gaji ciput jer..huhuhu. aku tnyla brape sebulan akak bayar utk hutang kad kredit ni?? dia ckp,"ala xbyk pn..dlm 200++ je"..(owh yeker...dlm hati).."ni ha husband akak beli tv gne kredit kad rm 1000++,bayar 2x..bln ni RM500 n bulan depan RM500.

owhh...bleyh ea byr sparuh2..??? korg nmpk kn btape tingginya level kejahilan aku psal kad kredit???hehehehe....hutang dgn kad lebih baek drp hutang ngn kedai Seng Keng yg jual tv 2...sbb intrest xbnyk.asalkn ko byr..klau ko delay byar,intrest naek ckitla..stendetla kan...mane2 hutang pn..lagipun gaji RM1500 dah leyh apply kad kredit...ofismate ku cdangkan gne Bank Rakyat pny sbb ada mata ganjaran ape tah...(lpe la lak...)

serius aku mcm berminat nak guna..yelah time waktu2 kecemasan sbg cnth tyme ujung bulan yg mmg xde wet 2 nk isi minyak kete...nk shopping n mcm2 lg la..tp kne igt..WASPADA, jangan overbajet..nnt ko nk bayar putus leher...kekekeke..pada aku, kad kredit ni mmudahkan kt sms kt btul2 sesak..

aku nak usha2 jgkla..siyes! ni ada beberapa kelebihan n kekurangan penggunaan kad kredit...bg yg nak try usha2 mcm aku ni..fikir btul2 sblm mmbuat kputusan..okay???


KELEBIHAN

1. Boleh digunakan pada waktu kecemasan dan dalam keadaan terdesak yang memerlukan wang segera.
2. Tak perlu bawa tunai yang banyak.
3. Kebanyakkan syarikat kad kredit akan memberikan bonus, ganjaran, insentif, diskaun barangan kepada pelanggan.
4. Melakukan pembelian secara online dengan mudah.


KEKURANGAN

1. Ramai yang GAGAL mengurus kad kredit sehingga diisytiharkan muflis oleh mahkamah.
2. Jika kad kredit dicuri, anda terpaksa menanggung hutang kad kredit yang telah dibelanjakan oleh pencuri tersebut!
3. Anda terpaksa berbelanja besar untuk mengumpul mata ganjaran. Jadi, jangan sesekali terpengaruh!
4. Cenderung untuk berbelanja melebihi bajet.
5. Jika anda hanya menggunakan kad kredit setahun sekali, lebih baik batalkan sahaja.
6. Kadar faedah kad kredit ialah 18% setahun!
7. Terdapat yuran dan caj tambahan jika anda membayar lewat baki kad kredit anda.
8. Anda mengambil masa yang lama untuk mambayar hutang kad kredit jika hanya membayar jumlah
minimum pada setiap bulan.


TIPS MENGGUNAKAN KAD KREDIT

1. Baca terma dan syarat sebelum bercadang untuk mengambil perkhidmatan kad kredit.
2. Gunakan satu kad kredit sahaja.
3. Langsaikan hutang kad kredit anda secepat mungkin dan jangan bertangguh!
4. Tetapkan had kredit perbelanjaan anda berdasarkan pendapatan yang anda perolehi.


korang rasa mcmana?? worth it x klau aku gne kad kredit?? share komen ckit keyh! :)))


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...