Sunday, March 20, 2011

kesan kafein di dalam kopi @ nescafe


pening yang amat.
sekarang ni, rasa macam weng sikit.
baru perasan kenapa tiba-tiba mcm ni.
sebabnya.........
ptg td minum air nescafe-sedap-sangat-buatan-sendiri. * sedap ker???
ingatkan tanda-tanda menopous. *eh umur baru 23 hokeyyy. lupa plok
bahaya sebenarnya kafein kpd kita.

Apa itu kafein?

Kafein adalah bahan kimia aktif jadi yang terdapat dalam daun, atau biji tumbuhan. Kafein mempunyai rasa  yang sangat pahit. Kafein banyak terdapat dalam minuman terutamanya kopi, teh dan coklat. Apabila diambil, kafein akan meransang sistem saraf manusia, lalu meningkatkan kepekaan, memberikan tenaga tambahan dan tahan mengantuk.


Pengambilan kafein yang berlebihan, akan memberi kesan. Antaranya:
  • Menyebabkan badan kehilangan kalsium, yang mana membawa kepada risiko osteoporosis
  • Sekiranya pengguna mengalami tekanan, atau mengalami penyakit gugup, pengambilan kafein akan meningkatkan lagi kesan tekanan dan gugup tersebut.
  • Badan  menjadi penat dan lesu, ini kerana kafein menghilangkan rasa mengantuk. Badan yang 
  • tidak mendapat tidur yang cukup akan menjadi lesu.
  • kencing yang kerap, pengambilan kafein akan menyebabkan pengguna selalu nak terkencing. Mungkin juga menyebabkan dehidrasi, iaitu badan kehilangan air yang banyak.

sumber : madlut

1 comment:

  1. Salam,saya juga pengemar kopi tetapi kopi asli. Bila minum nescafe/kopi estrak yg lain (2in1,3in1,6in1....)kepala saya juga berdengung. Sebenarnya estrak kopi arabika yg digunakan secara meluas mengandungi campuran lain yg kita tidak tahu. Berbeza apabila dapat menikmati secawan kopi asli arabika,kepala rasa tenang. Dapatkan info khasiat kopi asli di Fanpage FB saya https://www.facebook.com/pages/Kopi-Ulee-Kareng-Malaysia/415232681861738

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...