Monday, March 14, 2011

Pripyat - Kota mati kesan radiasi nuklear di chernobyl

Pripyat, Ukraine. keinginan utk mengetahui lebih mendalam tentang sejarah dunia berkaitan letupan reaktor nuklear di Chernobyl pada tahun 1986 menarik hati aku untuk mengkaji sedikit sebanyak tentang bandar Pripyat, Ukraine.





Bandar ini adalah sebuah bandar yang telah ditinggalkan dan dikosongkan. Semuanya gara-gara insiden kemalangan yang berlaku di Pusat Janaan Kuasa Nuklear Chernobyl pada April 1986. Seluruh alam sekitar telah tercemar dengan kesan radioaktif dan pada manusia pula walaupun sudah beberapa generasi namun kesannya masih lagi tidak hilang sepenuhnya. pihak berkuasa tempatan telah mengarahkan pengosongan bandar Pripyat ini dalam masa satu hari selepas kejadian itu berlaku. Disebabkan pencemaran itu masih ada maka sehingga ke hari ini Bandar itu ditinggalkan tanpa berpenghuni. Seolah-olah seperti bandar berhantu, binaan yang banyak tapi tidak berpenghuni.

Ukrain bercadang untuk menjadikan lokasi bencana nuklear terburuk di dunia sebagai kawasan pelancongan kepada umum tahun depan. Zon yang dikurung sekitar Chernobyl akan dibuka dalam radius 30 batu untuk membolehkan pelancong melihat sendiri kawasan yang telah musnah akibat letupan nuklear dari kilang nuklear di Chernobyl. Selain bandar Chernobyl bakal dijadikan tempat pelancongan utama, kawasan bandar Pripyat juga bakal menerima pelancong walaupun bandar itu kini telah ditinggalkan akibat bencana yang berlaku.

Sepanjang pelancong melawat kawasan sekitar, pelancong diminta untuk bergerak dalam kumpulan demi menjaga keselamatan pelancong. Wujud syarikat yang ingin menjalankan perkhidmatan melancong ke daerang larangan,namun demikian kerajaan Russia tidak membenarkannya kerana itu kawasan haram dan melawat ke kawasan tersebut tidak dapat menjamin keselamatan pelancong. Rancangan pelancongan ke kawasan ini disokong oleh pegawai PBB kerana pelancongan ke Chernobyl boleh membantu pengajaran penting dalam keselamatan nuklear.





penduduk diarahkan untuk mengosongkan rumah dan tidak perlu membawa apa-apa kerana mereka diberitahu tempoh darurat hanya sementara. sebaliknya, sehingga kini, setelah berpuluh tahun, kota tersebut masih menjadi kota mati. 

nota mata kaki tangan mulut : pernah tgk citer I am Legend x? lebih kurang mcm 2 la keadaannya. kota mati sebab serangan zombie.

sources : misterlalradiuse

5 comments:

  1. good.. i like this post..saya menentang sekeras-kerasnya usaha pembangunan nuklear di Malaysia...

    ReplyDelete
  2. salam. info yang sangat berguna . kepada pelobi yang nak sangat bina loji nuklear sila berambus.

    ReplyDelete
  3. shahir >> thanks!! saya pon menentang! =p

    ReplyDelete
  4. muaz >> thanks!! betul3...

    ReplyDelete
  5. internet Dolabuy Hermes cliquer ici pour en savoir plus réplique gucci Visitez ce lien www. dolabuy.co

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...