Thursday, November 03, 2011

Real Steel Adalah Citer Terbaik Abad Ini



rasa agak ketinggalan sebab tak tengok lagi citer Real Steel bila fbians sibuk dok post kat fb bagitaw yang Real Steel sangat best. mula-mula tgk iklan, eh citer ape ni? macam robocop @ transformers je. tak menarik perhatian. ok, fine. malam tadi gatal-gatal tangan beli tiket GSC online tengok citer Real Steel. sebab tak tahu nak tengok citer apa sebenarnya. putus idea. hmmmm

"Real Steel adalah citer terbaik abad ini"

chehhh...macam quotes wartawan hiburan plak kan. hampehh. 

just imagine, pada tahun 2020 nanti akan berlakunya revolusi kemajuan teknologi hingga manusia mampu mencipta robot yang boleh merekod dan meniru bayangan perbuatan yang manusia lakukan. pening ke? ayat belit-belit eh? 

ok, straight to da point. Real Steel mengisahkan robot sampah buangan longkang yang bernama Atom telah menyelamatkan Max, seorang budak yang punyai seorang ayah yang menggunakan robot sebagai medan mencari keuntungan dengan cara lawan robot. 

part ni memang sweet gler

Atom pada mulanya sangatlah selekeh. ala robot je pun, bukan orang nak hensem bagai. Max telah train Atom untuk ke liga World Robot Boxing. kira dalam liga ni, Atom akan berlawan dengan robot yang paling kuat selepas Zeus iaitu Twin Cities. bunyi agak kelakar sebab robot ni ada dua kepala. robot ni dikawal oleh pakar-pakar yang hebat. masa lawan Twin Cities, Atom menang dan Max iaitu tuan kepada Atom telah mencabar robot Zeus iaitu robot paling angkuh dan juara dalam liga robot setiap kali bertanding. 


Zeus tersangatlah sombong macam tuannya. aku pun geram tengok. haha. cukuplah aku cerita sampai sini je. korang g tengok sendiri sambungannya ya. apa yang aku boleh jamin, Real Steel adalah cerita paling best pernah aku tengok. betul tak tipu. 

sepaklajulaju : ohhhh! aku cintakan Atom ^^

2 comments:

  1. real steel mmg best..dah dua kli tgk wayang citer tu..tu pun rasa xpuas lagi..atom tu rasa comey je sbb dia la robot pling kecik..
    paling best tgk atom menari dgn max dgn lagu yg cool,terasa mcm nk menari skli..:D..

    ReplyDelete
  2. tula..sangat in love dgn atom sbb sweet sgt masa menar dgn Max. hehehehe..tgk 3,4 kali pun xkan bosan =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...