Thursday, July 26, 2012

B2B : HIV Test

gambar dari Google
Semalam pegi ke Klinik Kesihatan Shah Alam kat Seksyen 7 untuk buat HIV Test pra perkahwinan. Sebelum pegi haruslah buat appointment dulu kan. ok nurse sok sek sok sek suruh datang pkul 2.30 ptg. Aku gerak dari opis pkul 1.40ptg macam tu and sampai sana pukul 2. Takpe datang awal pun sebab takut ramai pulak orang nanti kan. masuk je klinik, nurse suruh isi boaing. Ada 2 borang dan 1 booklet pasal kesihatan. Aku confius semua nak kena isi ke kan. borang HIV Test dan borang pra kehamilan..errrkkk. aku rasa yang ni tak perlu isi. Aku bukan nak cke kehamilan. Haha. Tapi suruh jugak isi semua borang dan booklet tu sekali. Hummm layan jela.
Ok, masa amek darah pulak mati-mati aku ingat cucuk kat jari je sikit and terus dapat result then boleh balik. Rupa-rupanya sangkaan ku meleset. Haha. Nurse suruh bukak lengan tangan. Aku dah ehh ehh kenapa kena cucuk kat lengan? Bukan jari ke? Saya takut. Noted as aku memang takut giler dengan jarum sejak kecil lagi.
Penah je nangis ms kena cucuk jarum kat matrik dulu. Haha. Nurse cakap kalau amek kat jari nanti kena perah. Aku macam blurr blurr. Kenapa perlu perah?? Pastu nurse buat test sume, tapi aku tak faham macamana resultnya. Pastu nurse suruh ke kaunter makmal bawak borang pra kehamilan. Ok sampai kaunter makmal, nurse lain plak bagi aku cawan kecik utk buat urine test. aku pun layankan jela. Tgk-tgk org lain dok kluar masuk kluar masuk toilet rupanya nak buat urine test. No wonderla toilet sebelah makmal. Bila nama aku da dipanggil untuk amek result urine test, kena ke kaunter  A plak. nurse lain siap tanya tinggi, berat, alahan, ubat-ubat and macam-macam lagi.
Last sekali nurse suruh aku tunggu depan bilik no. 7, jap lagi nama akan dipanggil katenya. Lama jugak tunggu. Dalam 15-20 minit gitu. Medical Assisstant kat bilik tu panggil then dia tanya nak kawin bila and bla bla bla. Pastu bagi result and borang HIV Test yang dah dicop dgn perkataan Non-Reactive. Alhamdulillah. Negative. Aku kuar dari klinik pun dah pukul 4ptg. Agak-agak lama tak? Tapi so far nurse kat situ sume baik J

Monday, July 23, 2012

B2B : Design Hantaran



ekcelly hantaran aku untuk Encik Tunang tak siap pun lagi. entahlah, mood dah kelaut. aku baru decorate bunga je. yang lelain tu malas nak buat. boleh cenggitu. semalam masa g PKNS, ternampak Majalah Pesona Pengantin..tapi hati ni tak terasa pun nak beli. kalau tak sebelum ni tertunggu-tunggu bila la nak kua Mag bulan ni. siap tanya aunty kedai tu lagi bila mag kua. tengok, nak taip pun malas. mood ramadhan agaknya. alasannn

harap sangat ada masa nak buat semua hantaran ni masa cuti sebelum hari kejadian. hehe. ekcelly risau jugak ni kalau tibe-tibe tarikh aku kahwin tu tengah PRU13. pening-pening. ura-ura macam bulan 9 ni a.k.a lepas aidilfitri. wehooo

update : 1 Month and 25 days!

Friday, July 20, 2012

Selamat Berpuasa

 
selamat berpuasa semua. semoga ibadah kita diterima Allah. jangan lupa ibadah yang kedua sebelum kita menunaikan ibadah yang ketiga. tanpa ibadah kedua, pincanglah ibadah yang ketiga.

p/s : puasa terakhir sebagai bujang.heeeee

Fabulous Friday


ekcelly nak post kat fb pasal keratan akhbar ni. tapi macam tak sampai hati plak kat
Encik Tunang a.k.a Abdul Hakim Abdul Rahim.

nak gelak jap.

kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah

Tuesday, July 17, 2012

Indahnya Perasaan Ini


A stand for Anne and Akem. heeee

tinggal tak sampai 2 bulan je hayat cincin pertunangan ni. bukanlah maksudnya lepasni kena buang ke apa. cuma, title dan level tu dah up sikit. heeee. semoga semuanya dipermudahkan olehNYA. 

i'm counting the days! setiap saat dan waktu pada ketika ini adalah sangat bermakna. nak manfaatkan betul-betul sebelum bergelar isteri. insyaAllah, Ramadhan dan Syawal kali ini adalah yang terakhir dengan status bujang. heeee

ohh indahnya perasaan ini. syukur ya Allah. semoga jodoh kami berkekalan hingga ke Syurga hendaknya. aminnn

Monday, July 16, 2012

The Telekung Project


MARILAH KITA BERAMAL!!! DERMA TELEKUNG BARU ATAU TERPAKAI DAN DAPATKAN VOUCER DISKAUN 15% DARIPADA Seri's spa.. Telekung yang didermakan ini akan ditag dan digilirkan di surau-surau terpilih, sementara 'telekung busuk' sedia ada dibasuh dan dicuci.. KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.. MARILAH JOIN, PROJEK WAKAF TELEKUNG INI <---- ayat copy paste dari fb serispa

untuk keterangan lanjut, korang boleh ke fb serispa. jomlah kita sama-sama beramal dan bersedekah. Ramadhan pun tinggal beberapa hari lagi menemui kita. semoga kita sama-sama mendapat pahala. aminnn :)

Sunday, July 15, 2012

Fabulous Sunday





Tudung Bawal Aidijuma yang ohsem. murah dan cantik. aku sempat beli masa karnival Jom Beli Barang Raya di seksyen 13, Shah Alam semalam. teruja sangat tengok banyak tudung warna warni ditambah dengan promoter yang comel dan tersangatlah peramahnya pun. siap suruh add fb lagi. haha. ok nak bagitaw itu je, bai~

B2B : Doorgift



Alhamdulillah. siap jugak doorgift untuk VVIP ni. ala takdela grand mana pun doorgift aku ni. tapi yang penting comel! ya comel! 

untukk VVIP (pihak lelaki), aku buat dalam 100 bungkus. biar lebih jangan kurang. kalau lebih boleh bagi kekawan ke ape kan. kalau kurang tak ke segan, mesti ada yang kecik ati sebab tak dapat. sebenarnya doorgift ni orang takdelah kisah sangat nak isi dalamnya kan. tapi yang penting diorang dapat doorgift tu. eh apeda aku cakap ni. aku sendiri pun tak  faham. aku sangat puas hati dengan doorgift ni sebab  semua DIY. 

untuk sahabat handai dan sedara mara aku buat dalam 200 je. tak buat banyak pun.kalau boleh jangan beza-bezakan doorgift untuk VVIP dan VIP, takut ada yang terase kenapa diorang punya doorgift tak sama. means, isi lain-lain takpe. yang penting kotak/bekas/plastik/beg doorgift biarlah sama. 

p/s : nak tahu kat mana ada jual brown paper bag yang ada tapak? RM9.90/100 pcs. belilah kat kedai bakeri Bagus, Seksyen 13, Shah Alam. brown paper bag yang ada tapak memang susah nak cari. setakat ni, kat kedai ni je yang aku jumpa.  

till then, baiiii~

Sunday, July 08, 2012

B2B : Sibuk Sangat Uollsss



Entry ni ditaip pada pukul 12:54 a.m waktu Malaysia. alkisahnya tersangatlah penat aku melipat kad jemputan. ni baru 300 keping. ada lagi 900 keping. adoyaii. ada sesape nak part time? cari wet lebih sempena puasa ni? haha. gambar di atas menerangkan segala-galanya. aku tersangatlah sibuk uollsss. mana nak lipat kad, lipat baju pun tak sempat. mana nak siapkan dooorgift-doorgift. mana nak siapkan hantaran. tak menang tangan rasa. tapi hati still ase nak kua jalan-jalan tyme weekend. tak sedar yang kat umah da macam tongkang pecah kan. 

pagi tadi pergi ke Phong May, Klang. ala gi beli isi-isi untuk doorgift aku tu. aku beli swiss roll, jelly, gula-gula, and pillow bites. Phong May adalah kedai pemborong makanan ringan dan jajan-jajan. memang murahla harga barang-barang yang dijual. aku beli banyak jugak, untuk 300 pack. total sume tadi adalah RM200. 

lepas gi ke Phong May, singgah pulak 2PLY. 2PLY ni kedai alat-alat yang menjual barang-barang bakeri. tengokla apa-apa yang patut dibeli kan. kat situ je tadi abis RM50 tapi taktaw beli apa. haisssshhh perempuan mmg macam ni. 

ok, sampai sini je. baii~


Thursday, July 05, 2012

TTDI Jaya

2 bulan lagi aku akan meninggalkan bumi Shah Alam. spesifik lagi, TTDI Jaya. Ohh My Gucci. hampir 2 tahun bermastautin di TTDI Jaya meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis. paling dirindui nanti adalah kemudahan dan kedai yang terdapat di kawasan TTDI Jaya dan Seksyen 13. antaranya adalah : 

Geylang Kopitiam












Tempat lepak kalau kua makan atau nak borak-borak panjang berjela dengan Encik Tunang. best sebab kat Geylang Kopitiam ni terasa aman and tenteram je. selalu lepak borak-borak sampai kedai tutup. heaven sebab ada wifi jugak. hihi. makanan yang paling aku suka kat sini adalah Kueytiow Kantonis dan Yee Mee. mabeles uollss. tengah dok taip ni pun rasa terliur. yummy yummy. da janji da dengan Encik Tunang, nanti lepas kawin kalau agak-agak bosan boleh turun lepak sini. saya akan rindukan awak Geylang Kopitiam. 


Giant Seksyen 13, Shah Alam

Tempat untuk liburkan hati dikala tension. suka sangat dengan Giant Seksyen 13 sebab macam-macam ada. tak payah nak g ke shopping kompleks ke apa, cukuplah ke Giant saje. paling seronok gi bila tyme da gaji sebab terasa nak beli macam-macam. tapi bila takde duit, dapat melampiaskan nafsu dengan cuci mata pun takpe. nak cari shawl kat situ memang berlambak. ada KFC, McD, Coolblog, MPH, Secret Recipe, PosMalaysia, Air Asia, Courts Mammoth, Speedy, dan lain lain lagi. ok makanan paling sedap kat Giant Seksyen 13 adalah Soto dan Bihun Sup kat Food Courtnya. perggghhhhhhhhhh!!!

Pasar Ahad (Sebelah Stadium)

Pasar Ahad ni sebenarnya banyak sangat nama. ada orang sebut pasar karat, pasar Ahad and tah pape lagi nama sampai aku pun lupa. aku rasa pasar Ahad ni adalah Pasar terbesar pernah aku pergi. cakap je nak apa? pelbagai jenis makanan ada dijual. macam-macam lagi la ada dijual. sediakan duit je kat poket okeh. ohhh aku akan rindukan Pasar Ahad ni. sob3

Nasi Kukus Pantai Timur

kat TTDI Jaya ni ada 2 gerai nasi kukus yang sedap (yang selalu aku beli, yang tak pernah pergi aku tak taw). hehe. 1 kedai dekat dengan 7 Eleven depan masjid tu. kedai tu dibuka pada pukul 5.30ptg sampai ke malam kot. biasa kalu beli sini memang beratur panjang. ikut nasib jugakla, kalau tak ramai orang dapatla nasi kukus tu cepat. aku pun biasa tapau je. tak pernah makan kat situ. makan kat umah sambil baring-baring tengok tv lagi seronok. ok, satu lagi yang best adalah air strawberi susu yang sangatttt sedap. harga pun cuma RM1. sedap dan murah. 

Gerai nasi kukus kedua adalah nasi kukus depan padang kat TTDI Jaya. yang ni pun sedapp jugak. wallahhh. tapi tak banyak cerita sebab tak taw nak cite apa. tapi memang sedapla. hihi. 

Masjid Al I'tisam

Rumah aku memang dekat dengan masjid. kalau bulan puasa, senang nak g ke masjid. jalan kaki je dah sampai. kalau time azan pun boleh dengar kat umah. masjid Al I'tisam ni memang aktif dengan ceramah dan aktiviti. takde kesempatan je nak join. huuuuuuu

Kuey teow Goreng

Kuey teow marbeles ni ada kat 2 kedai (setakat yang aku taw). 1 kat gerai depan masjid dan 1 lagi kedai Aimar Corner. yang kat Aimar ni aku tak pernah pergi tapi gerai depan masjid tu memang sedap. baru lepas makan. heeee

rasanya setakat n je kot yag aku rasa sangat penting. kalau nak taip semua, tak cukup rasanya page ni. senang citer, sume tempat kat TTDI Jaya ni best! kalaulah sewa rumah kat sini murah, boleh ajak En Tunang menyewa kat sini lepas kawin nanti. 

notakaki : Shah Alam adalah tempat yang seronok dan bahagia untuk diduduki. saya akan  
rindu awak. sob3

Wednesday, July 04, 2012

B2B : Kek Kahwin ke?




agak-agak sepadan tak kek dengan cupcakes ni? aku nak buat kek tawen. kek yang stroberi ni tingkat atas then cupcakes ni belah bawah. aku rasa dah cukup comel. ke nak tukar warna pink-pink merah ea cupcakes tu?. pendapat uolls pulak camne?

B2B : Cincin Satin Rose




ni nak dikira sebagai wordless Wednesday pun bolehlah. layankan.
inspirasi dari intanorazam. Intan gunakan satin rose sebagai cincin semasa resepsi. shomel nyum nyum. aku pun nak tiru jugak. aritu beli sebiji warna pepel pastel pekat kat Jusco Bukit Tinggi. RM6/pcs tapi kalau beli 2pcs RM10

kebanyakan yang aku jumpa untuk brooch. jarang jumpa untuk cincin. wahhhhhh rasa cam nk meroyan tengok warna-warna satin rose ni taw. tolong ajarku bagaimana caranya untuk membuat satin rose ni.

notakaki : In love with you :)

Monday, July 02, 2012

Inspirasi Ramadhan





sumber : Google je.

Yeayyy....akhirnya dapat jugak beli buku ni. setelah penat aku mencarinya di Kedai Buku Popular Jusco Bukit Tinggi and Bukit Raja, akhirnya jumpa di Popular Jusco Cheras Selatan. aku nak beli online pun stok dah abes. kalau korang nak beli, boleh terjah Popular Jusco Cheras Selatan. kawan aku cakap melambak-lambak.

fuhhhh..memang laku keras buku ni. sebab apa aku tercari-cari buku resipi ni? sebab penulis adalah Chef Hanieliza dan semua masakannya mampu untuk kita buat dan insyaAllah menjadi. aku dah buat kaji selidik da beberapa responden. hihi

ok, azam puasa tahun ni, nak masakkkkk sedap-sedap bagi diri sendiri rasa sedap ke tak. haha poyo sungguh. semoga FMIL suka. motif??

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan

Arini rasa takde mood sangat. Sebab dapat berita mngejutkan semalam (read as malam tadi). Ala bukan berita apa pun, Cuma berita housemate akan pindah keluar dari rumah malam tadi jugak. B4 this memang aku dah taw yang dia nak pindah sebab nak cari rumah dekat dengan tempat kerja. Tapi takdelah so sudden macam ni. Kitorang dah lama jadi housemate. Dekat setahun jugakla. Tapi baru 2,3 bulan ni rapat.
Sebelum ni memang dia jenis buat hal sendiri je. Sebelum ni jugak housemate terbaik aku, Rini keluar rumah awal bulan 6 aritu sebab kawin. Memang terasa kehilangannya sangat-sangat. Terase sebab dia suka membebel macam makcik-makcik. Haha. Tapi sekarang umah tu dah sepi seorang perindu. Ewahhh. Aku duk dengar orang bebel kat radio jela.
Pepagi tadi housemate mesej suh bangun and iron baju. Paling sedih bila dia cakap
“anne take care taw”.
Betul kata En Tunang, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
notakaki : aku memang gembeng. uhuhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...