Tuesday, April 09, 2013

Shopping Barang Baby


Ahad lepas, kami laki bini beli barang baby for the very very first time. dah lama dah tunggu hari nak serbu expo-expo baby ni since baby dalam peyot pn dah nak masuk 7 bulan. haruslah bersiap sediakan. takut-takut tebersalin awal ke nanti. naya kau satu barang apa pun tak beli lagi. jadinya nak dipendekkan cerita, aku ajak en asben ke expo baby di Mid Valley Ahad lepas. wowee ramainya orang dan air muka en asben terus berubah macam taknak masuk. besela lelaki kan. bukan suka tempat-tempat macam ni yang crowded dengan orang. tapi tak semua lelaki. mebi asben aku diantaranya. wohaaa.

sampai je kat Hall 2, terus serbu booth Pureen. haaa amek kaw pilih baju tak ingat dunia. sampai 9 pasang. cukup stok terus. aku rasa harga baju takde banyak beza kalau g kat kedai Pureen. sebab aku beli aritu pun RM 12, RM15, RM10. so baju takleh dianggap berbaloi ya. disebabkan gender baby taktaw lagi, mohlah kt cari wane unisex. 



hasil tangkapan di Booth Pureen. baju-baju ada yang RM12, RM15 dan RM10. receiving blanket ni RM20. taktawla harga kat pasaran bape ye. mitten n booties plak RM 5 je. suka sangat baju gambar whale n lion tu. sooo comel!

ok, next adalah di Booth Lunatots. yeayyy imbau kenangan lama masa keje 2 bulan di Lunatots dulu. memang sangat banyak memberi pengalaman tentang penjagaan baby. jumpa Kak Sue, Nani and Ain. Kak Sue tu owner Lunatots ya kalau uolls nak taw. orangnya sangat cantik dan anak-anaknya juga comel lotey. nak taw lebih lanjut pasal lunatots, boleh tekan SINI ataupun nak berkenalan dengan Kak Sue dan anak-anak, boleh klik LUNAFAMILY



hasil rembatan di Lunatots. satu lagi gambar plastic milk storage aku lupe nak amek gambo. tapi memang berbaloi-baloi singgah Lunatots aritu. 

Buku Sukses Menyusu = RM10. Harga asal RM15.90
Chocolate Drink utk tambah susu RM 50 (2 Kotak). Harga asal RM29.90 1 kotak. pastu dapat 1 free Chocolate Milk Snack yang berharga RM35.90

Washable Bra Pad RM50 (2 Kotak). Harga asal RM29.90 1 kotak
Plastic Milk Storage RM50 (3 Kotak). Harga biasa RM19.90 1 kotak. 

booth yang ketiga adalah tilam baby. walaupun kat plastic tilam ditulis travelling set, aku hape pedulik. tak travel pun takpe, guna untuk baby tidur nanti. set Bumble Bee ni berharga RM102 siap dengan bantal karipap. comel kan? kat booth Avent ada jugak jual bedding set. tapi harga lagi mahal around RM140++ camtu. promoter Bumble Bee tu cakap harga kat luar RM129.90. so kira berbaloi jugaklah beli kan. corak pun comel gitu. tak sabar nak tengok baby baring atas tu. yeayyyyy


rasanya tu jelah kot yang aku beli memandangkan g pun tak lama sebab en asben and adik ipar duk sibuk ajak makan kat Korean BBQ restaurant. survey jugak harga manual breastpump jenama Avent, mak aihh mahal. RM239. baikla aku beli kat onl9, ada jugak orang yang jual RM160 and RM165.

muka happy dapat makan makanan Korea. 

sedap jugak tapi sumpah aku tak kenyang sebab makanannya tak memenuhi selera kekenyangan aku. wohaa. 

oklah cukup sampai di sini. mata pun dah ngantuk, marilah kita tido. gudnite all~

9 comments:

  1. seronoknya beli brg baby.. tp beli baju yg besar2 cikit tahan lama.

    ReplyDelete
  2. tulah...dah balik baru terfikir nape beli baju saiz M..adoiii

    ReplyDelete
  3. happynyaaaa dapat membeli barang baby ni.tambah2 kalau ada expo mcm ni, borong sakan terus hehehe :)

    ReplyDelete
  4. sarah : haha mmg borong sakan..next ada warehouse sale pureen plak..excited..heee

    ReplyDelete
  5. Bestnyeee! X sabar jugak nak shopping. hehe ;)

    ReplyDelete
  6. It's an amazing piece of writing designed for all the web people; they will take benefit from it I am sure.

    Here is my web-site; rayelpee.com

    ReplyDelete
  7. layari http://cenderamatadarihati.blogspot.com

    hamper barangan bayi pada harga berpatutan untuk diri sendiri & dihadiahkan kpd kenalan

    maaf tumpang iklan

    (alat senaman untuk kempiskan perut/ kurus pun ada..kembali kurus slps besalin nti)

    ReplyDelete
  8. salam mommies..
    dah ada se bersalin? kalo belum, cuba try set bersalin moden shaklee....memang syiokkk sgt....bkn setakat utk bdn sihat jer, >> kulit cantik, badan makin slim, rambut tak mudah gugur, luka cepat baik tambah2 lagi luka ceaser, InshaAllah , susu pun banyak.....All in 1 set......

    saya juga ada sediakan wrapping & pos , jika anda hendak hadiahkan utk kwn, isteri sendiri ke,,,kakak, adik2 etc ...my pleasure to serve u better... (^____^)

    ReplyDelete
  9. salam mommies..
    dah ada se bersalin? kalo belum, cuba try set bersalin moden shaklee....memang syiokkk sgt....bkn setakat utk bdn sihat jer, >> kulit cantik, badan makin slim, rambut tak mudah gugur, luka cepat baik tambah2 lagi luka ceaser, InshaAllah , susu pun banyak.....All in 1 set......

    saya juga ada sediakan wrapping & pos , jika anda hendak hadiahkan utk kwn, isteri sendiri ke,,,kakak, adik2 etc ...my pleasure to serve u better... (^____^)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...