Wednesday, November 03, 2010

*kelebihan seorang wanita*

WANITA...aku pernah terbaca dlam 1 mag @ kat mana tah aku luper...yg pnting bukan bc di tv @ radio ye adik2..itu melihat dan mendengar..huhu bunyi ayat 2 mcm ni...

"woman without her man is nothing"

cuba korang (yang perempuan) interpret ayat 2...mcm sakit ati x?
okay2...cuba korang (yg pmpuan je) jdk kreatif ckit and ubah ayat 2 jdk ayat yg mabeles....jeng3.
situasi (bukan lagu bunkface) de sekolah yang dirahsiakan lokasinya atas sebab2 tertentu...huhuhu

cikgu : Abdul dan minah, cuba baca ayat kat m/s bla bla bla and tulis kat depan..
Abdul : "woman without her man is nothing"
cikgu : okay,minah plak...
minah : woman! without her, man is nothing!


korang faham x cerpen dan dialog yang aku reka  ni????faham??? bagus!!!! cantek!!
hebat kan??? even just ubah ayat ckit jer..opsss salah! ubah ayat penanda saja da bg makna yg berlainan...haha

sekarang nak berkongsi *kelebihan seorang wanita* (punya panjang intro ko anne....!!)



Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Kelebihan Seorang Wanita,

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Kelebihan Wanita solehah,

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Kelebihan Seorang Wanita,

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Kelebihan Wanita Muslimah,

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

hebat kan seorang wanita 2...???korang bangga x jdk wanita???aku sgt bangga dan bersyukur :))

4 comments:

  1. eh eh eh...CCH la kat cni..
    Lulu, tepi ckit...bg CCH lalu :))

    ReplyDelete
  2. senang je kan sorang perempuan tu nak masuk syurga...
    tapi kenapa smsa zaman Rasulallah S.A.W naik ke langit ketika Isra` Mi1raj,baginda melihat lebih ramai wanita di dalam neraka berbanding lelaki.
    ~Renung2 kan utk kebaikan bersama~

    ReplyDelete
  3. insafnyer...ble nak berubah ni anne?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...